25 tahun dengan produk pertama di dunia diakui pakar-pakar kategori.

Misi kami

Di Clearblue kami mengutamakan wanita dalam setiap perkara yang kami lakukan - dari pendidikan dan pembangunan teknologi hinggalah ke reka bentuk, penyelidikan, kajian klinikal, percubaan lapangan dan penilaian. Misi kami adalah untuk mengubah cara wanita mengurus kesihatan reproduktif mereka.

Sejarah kami

Selama lebih suku abad kami telah membantu berjuta-juta wanita seluruh dunia dengan menyampaikan jawapan yang jelas dan tepat pada saat-saat genting yang mengubah hidup mereka. Sama ada baru mencuba untuk hamil atau merasakan yang mereka mungkin hamil, Clearblue adalah perintis dalam memberikan wanita produk yang inovatif untuk menguruskan kehidupan reproduktif mereka.

Produk kami

 

Clearblue boleh membantu wanita mendapatkan jawapan yang dicari-cari, dengan memberikan keputusan yang jelas di samping tepat dan mudah dikendalikan. Rangkaian semasa produk kami termasuk:

Komuniti kami

Setiap tahun 13 juta wanita mengunjungi tapak web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Clearblue boleh membantu mereka. Clearblue merupakan jenama terlaris di dunia untuk ujian kehamilan dan kesuburan yang dijalankan di rumah dan mempunyai kepakaran terunggul.

5,000 wanita menyumbang kepada pembangunan setiap produk dan kami menjalankan semakan kualiti ke atas lebih kurang 30,000 ujian sebelum sesuatu produk baharu dilancarkan. Pada keseluruhannya 120,000 wanita dari 10 negara telah menyertai penyelidikan klinikal Clearblue.