Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL dengan Indikator Penghamilan

Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL dengan Indikator Penghamilan
Setepat Imbasan Ultrabunyi dalam Penarikhan Kehamilan Anda**

Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL dengan Indikator Penghamilan ialah ujian yang pertama dan satu-satunya yang setepat imbasan ultrabunyi untuk penarikhan kehamilan**. Smart Dual SensorTM bukan sahaja berupaya memberitahu anda sama ada anda '+' hamil atau '-' tidak hamil, juga memberitahu anda usia kandungan anda.

Amat Tepat…Memberitahu anda Bilangan Minggu

Amat Tepat... Memberitahu anda Bilangan Minggu

Ia seperti 2 ujian dalam 1 - pertama sekali ia mengesan kehadiran hormon kehamilan yang melebihi 99% tepat dari hari anda dijangka haid, dan jika anda hamil, ia JUGA menunjukkan berapa minggu tempoh kehamilan, 1-2, 2-3 atau lebih daripada 3 minggu (3+), setelah penghamilan berlaku. Indikator Penghamilan ialah 92% tepat dalam mengesan bila anda mula hamil.

 
Boleh Diuji 4 Hari Lebih Awal

Boleh Diuji 4 Hari Lebih Awal

Sangat sensitif sehinggakan anda boleh menjalankan ujian seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid*.

 
Keputusan Clear Digital yang Sangat Jelas

Keputusan Clear Digital yang Sangat Jelas

Dalam masa 3 minit keputusan anda '+' hamil atau '-' tidak hamil akan kelihatan di skrin. Jika keputusannya '+' hamil ujian itu juga akan menunjukkan bila berlakunya penghamilan (1-2, 2-3 atau 3+ minggu).

 

Apa pendapat orang lain?

Cara menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL dengan Indikator Penghamilan

1. Sebelum anda mula

Baca risalah arahan dengan teliti setiap kali sebelum menjalankan Ujian Kehamilan Clearblue Digital dengan Indikator Penghamilan.

Jika anda menguji bermula dari hari dijangka haid, anda boleh menguji pada bila-bila masa pada hari itu untuk mengetahui sama ada anda hamil. Jika anda menjalankan ujian lebih awal, anda mestilah menggunakan air kencing pertama untuk hari itu untuk mendapatkan keputusan Indikator Penghamilan yang tepat. Jangan minum terlalu banyak sebelum anda menjalankan ujian kehamilan digital.

Apabila bersedia untuk menguji, keluarkan jalur ujian kehamilan dari pembalut kerajang dan tanggalkan tudung birunya. Gunakan jalur ujian kehamilan itu serta-merta.

 

2. Menjalankan Ujian

Menjalankan ujian Letakkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam aliran air kencing anda selama 5 saat sahaja. Berhati-hati supaya bahagian lain jalur ujian kehamilan digital itu tidak basah.

Atau anda boleh menyediakan air kencing dalam bekas yang kering dan bersih. Celupkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam air kencing selama 20 saat sahaja.

- Anda boleh pasangkan kembali tudungnya dan meletakkan jalur ujian kehamilan digital itu secara mendatar.

- Pastikan hujungnya menghala ke bawah atau letakkan jalur ujian kehamilan digital itu secara mendatar sementara menunggu keputusan.

 

Hujung jalur ujian menghala ke atas / ke bawahPENTING
Sepanjang ujian berjalan pastikan hujung mudah serap jalur ujian itu tidak menghala ke atas.

3. Tunggu selama 3 minit

Tunggu selama 3 minit Setelah Ujian Kehamilan Clearblue Digital dengan Indikator Penghamilan dijalankan, simbol 'tunggu' dalam bentuk Jam Pasir akan terpancar menunjukkan bahawa ujian sedang berlangsung. Apabila simbol Tunggu itu berhenti memancar keputusan anda akan muncul.

 

4. Baca keputusan anda

- Dalam masa 3 minit, keputusan akhir anda akan dipaparkan

- Ada kemungkinan keputusan '+' hamil dipaparkan sebelum keputusan Indikator Penghamilan. Terus tunggu sehingga Jam Pasir berhenti memancar untuk melihat keputusan Indikator Penghamilan anda.

- Keputusan anda akan terus terpapar selama lebih kurang 24 jam.

 
Cara mentafsir keputusan
Keputusan Jangka masa penghamilan Cara doktor anda menarikhkan kehamilan anda (berdasarkan kitaran 28 hari)
Tidak Hamil Keputusan anda menyatakan Tidak Hamil -
Hamil 1-2 Keputusan anda ialah Hamil
dan anda telah mula hamil lebih kurang 1-2 minggu lepas.
3-4 minggu
Hamil 2-3 Keputusan anda ialah Hamil
dan anda telah mula hamil lebih kurang 2-3 minggu lepas.
4-5 minggu
Hamil 3+ Keputusan anda ialah Hamil
dan anda telah mula hamil lebih dari 3 minggu lepas.
5+ minggu
 

Soalan paling kerap ditanya

Berapa tepatkah Ujian Kehamilan DIGITAL Clearblue dengan Indikator Penghamilan dalam mengesan kehamilan?

Jika digunakan pada hari anda dijangka haid ketepatannya melebihi 99% dalam mengesan sama ada anda hamil atau tidak. Jika anda membuat ujian sebelum hari anda dijangka haid dan mendapat keputusan '-' Tidak Hamil, masih ada kemungkinan yang anda hamil. Lihat di bawah.

Bilakah saya boleh menguji dengan Ujian Kehamilan DIGITAL Clearblue dengan Indikator Penghamilan?

Clearblue menyarankan anda membuat ujian pada hari anda dijangka haid. Namun, hormon kehamilan meningkat dengan mendadak pada awal kehamilan dan ujian Digital Clearblue boleh digunakan untuk menguji seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid. Dalam ujian klinikal ke atas sampel kehamilan awal ujian Digital Clearblue memberi keputusan berikut:

Jumlah hari sebelum hari dijangka haid

-1

-2

-3

-4

% sampel yang hamil

wanita memberi keputusan '+' hamil

98%

97%

86%

55%

 

Untuk mengetahui bila hari anda dijangka haid, kira tempoh kitaran biasa anda dengan mengira bilangan hari dari hari pertama haid hingga hari sebelum haid seterusnya bermula.

 

  • Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, anda harus mengambil kira tempoh kitaran anda yang paling panjang dalam bulan-bulan terdekat sebelum menjalankan ujian.
  • Jika anda tidak tahu bilakah anda dijangka haid kami menyarankan anda membuat ujian tidak kurang dari 19 hari selepas anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
 

Berapa tepatkah Indikator Penghamilan Clearblue?

Indikator Penghamilan adalah 92% tepat dalam memberitahu anda bila anda menjadi hamil bila dibandingkan dengan tempoh setelah ovulasi. Satu kajian yang diterbitkan membandingkan penarikhan menggunakan Indikator Penghamilan dengan ujian ultrabunyi (11-13 minggu) standard penjagaan mendapati keputusannya berpadanan sebanyak 97%*

*Johnson et al.  CMRO (2011) 27(2):393-401

Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL dengan Indikator Penghamilan mengatakan yang saya hamil, tetapi saya tidak fikir yang saya hamil walaupun Indikator Penghamilan menyatakan sebaliknya. Bolehkah ini berlaku?

Indikator Penghamilan adalah 92% tepat jika anda menguji dengan menggunakan air kencing pertama pada hari itu.  Sesetengah ubat atau masalah kesihatan boleh mempengaruhi keputusan. Lihat soalan berikut.

Bolehkah ubat atau masalah kesihatan mempengaruhi keputusan?

Pastikan anda membaca arahan pengilang untuk sebarang ubat yang anda ambil sebelum menjalankan ujian.

  • Ubat kesuburan yang mengandungi hCG boleh memberikan keputusan yang mengelirukan (ubat kesuburan ini selalunya diberikan melalui suntikan, dan jika ujian dijalankan terlalu cepat selepas penyuntikan boleh memberikan keputusan '+' hamil yang salah).
  • Terapi kesuburan yang lain (seperti klomifen sitrat), ubat penghilang kesakitan dan kontraseptif hormon (cth. pil kontraseptif) tidak mempengaruhi keputusan.
  • Jika baru-baru ini anda telah berhenti menggunakan kontraseptif jenis hormon atau sedang menggunakan terapi kesuburan seperti klomifen sitrat, haid anda mungkin menjadi tidak teratur, menyebabkan anda menguji terlalu awal.
  • Kehamilan luar rahim, sista ovari, menopaus dan sesetengah masalah kesihatan yang amat jarang berlaku boleh memberikan keputusan yang mengelirukan.

Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka anda haruslah membincangkannya dengan doktor.

 

Sebelum ini saya telah menjalankan ujian dan keputusannya 'Hamil' tetapi saya menguji sekali lagi dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', atau haid saya telah bermula. Apakah maksudnya?

Walaupun ujian ini melebihi 99% tepat dalam mengesan hormon kehamilan dari hari dijangka haid, masih ada kemungkinan untuk mendapat keputusan hamil dan kemudian anda dapati anda tidak hamil (iaitu, anda mungkin akan mendapat keputusan tidak hamil kemudian, atau anda datang haid) Perkara ini mungkin disebabkan keguguran secara semula jadi semasa peringkat awal kehamilan, yang dikenal sebagai 'keguguran awal kehamilan', yang malang sekali biasa berlaku, kerana lebih kurang 1 dalam 4 kehamilan berakhir dengan keguguran awal kehamilan. Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka, dapatkan nasihat doktor. 

Ujian Kehamilan DIGITAL Clearblue dengan Indikator Kehamilan yang saya jalankan mengatakan saya tidak hamil. Apa yang perlu saya buat?

Anda mungkin tidak hamil, atau paras hormon kehamilan anda masih belum cukup tinggi untuk dikesan, atau anda telah tersilap kira hari anda dijangka haid

  • Jika anda membuat ujian lebih awal, uji semula pada hari dijangka haid.
  • Jika haid anda terlewat, uji semula dalam masa 3 hari. Jika ujian ini memberi anda keputusan '-' tidak hamil dan anda masih belum datang haid, berjumpalah dengan doktor.
 

Ujian Kehamilan DIGITAL Clearblue dengan Indikator Kehamilan mengatakan saya hamil. Apa yang perlu saya buat?

Jika ujian mengatakan anda hamil, anda harus berjumpa doktor dan dia akan memberi nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

Accuracy_when_you_need_it_the_most

Ketepatan apabila diperlukan

Tiada jenama yang lebih tepat: Ujian Kehamilan kami lebih daripada 99% tepat dari hari anda menjangkakan haid anda, untuk keyakinan apabila paling diperlukan.