Soalan kerap ditanya mengenai Ujian Kehamilan

 
  • Berapa tepatkah Ujian Kehamilan Clearblue?

    Jika digunakan dari hari anda dijangka haid kesemua Ujian Kehamilan Clearblue melebihi 99% tepat dalam mengesan kehamilan.

  • Saya baru sahaja mengalami keguguran dan saya fikir saya mungkin hamil lagi. Bilakah saya patut membuat Ujian Kehamilan Clearblue?

    Selepas keguguran, hormon hCG mengambil masa hingga 9 minggu untuk hilang dari tubuh. Jika anda membuat ujian kehamilan pada masa ini, sukar untuk diketahui sama ada keputusan 'Hamil' disebabkan oleh kehamilan baharu atau hCG dari kehamilan sebelumnya. Untuk hal ini, kami menyarankan anda menghubungi doktor.

  • Saya baru melahirkan anak dan merasakan saya mungkin hamil lagi. Bilakah saya patut membuat Ujian Kehamilan Clearblue?

    Selepas bersalin, hCG boleh mengambil masa hingga 3 minggu untuk kembali ke paras normal. Jika anda membuat ujian kehamilan pada masa ini, sukar untuk diketahui sama ada keputusan 'Hamil' disebabkan oleh kehamilan baharu atau hCG dari kehamilan sebelumnya. Untuk hal ini, kami menyarankan anda menghubungi doktor.

  • Adakah minum terlalu banyak akan mempengaruhi keputusan saya?

    Ya, adalah penting supaya tidak minum sebarang cecair terlalu banyak termasuk air atau alkohol sebelum anda menjalankan ujian kehamilan. Juga, lebih baik menunggu sehingga anda terasa ingin membuang air kecil. Cara ini mengelakkan anda mencairkan paras hormon kehamilan anda dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil' yang salah.

  • Bagaimana Ujian Kehamilan Clearblue berfungsi?

    Apabila anda hamil, tubuh anda menghasilkan hormon hCG (Gonadotrofin Korion manusia). Paras hCG bertambah lebih kurang dua kali ganda setiap 24 jam pada minggu-minggu pertama, mencapai puncaknya sekitar 7 ke 12 minggu kehamilan.

    Ujian Kehamilan Clearblue mengesan hormon kehamilan dalam air kencing anda walaupun jumlahnya sangat sedikit dan adalah melebihi 99% tepat bermula dari hari anda dijangka haid.

  • Bilakah saya harus mula menjalankan Ujian Kehamilan Clearblue?

    Clearblue menyarankan anda supaya menjalankan ujian kehamilan dari hari anda dijangka haid. Namun begitu, paras hormon kehamilan meningkat dengan cepat ketika awal kehamilan dan kebanyakan Ujian Kehamilan Clearblue boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari anda dijangka haid. Jika anda menjalankan ujian kehamilan sebelum hari anda dijangka haid dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', masih ada kemungkinan yang anda hamil kerana paras hormon kehamilan belum cukup tinggi untuk dikesan oleh ujian kehamilan itu. Lihat halaman produk Ujian Kehamilan Clearblue untuk butiran keputusan ujian klinikal ke atas kehamilan awal.

    Untuk mengira bila anda dijangka haid, kira tempoh kitaran biasa anda dengan mengira bilangan hari bermula dari hari pertama haid sehingga hari sebelum haid seterusnya bermula. Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, anda harus mengambil kira tempoh kitaran anda yang paling panjang dalam bulan-bulan terdekat sebelum menjalankan ujian.

    Jika anda tidak pasti bila hari anda dijangka haid kami sarankan anda menjalankan ujian kehamilan tidak kurang daripada 19 hari selepas kali terakhir anda mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.

  • Adakah saya perlu menggunakan air kencing waktu pagi yang pertama?

    Jika anda menguji pada hari anda dijangka haid, anda boleh membuat ujian dengan air kencing pada bila-bila masa hari itu. Jika anda membuat ujian lebih awal, gunakan air kencing pertama hari itu. Elakkan daripada minum terlalu banyak sebelum ujian. Jika anda menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue dengan Indikator Penghamilan, anda perlu menggunakan air kencing pertama pada hari itu untuk mendapat anggaran tepat usia kehamilan anda.

  • Ujian mengatakan saya hamil. Apa yang perlu saya buat?

    Sila berjumpa doktor untuk nasihat selanjutnya.

  • Keputusan ujian menyatakan saya tidak hamil. Apa yang perlu saya buat?

    Anda mungkin tidak hamil atau paras hormon kehamilan mungkin belum cukup tinggi untuk dikesan, atau anda tersilap kira hari yang anda dijangka haid.

    • Jika anda melakukan ujian terlalu awal, jalankan ujian kehamilan sekali lagi pada hari yang anda dijangka haid.
    • Jika haid anda tidak datang pada hari yang dijangka, jalankan ujian kehamilan sekali lagi dalam masa 3 hari. Jika ujian ini memberikan anda keputusan 'Tidak Hamil' dan anda masih belum datang haid, jumpalah doktor.

     

  • Sebelum ini saya telah menjalankan ujian dan keputusannya 'Hamil' tetapi saya menguji sekali lagi dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', atau haid saya telah bermula. Apakah maksudnya?

    Walaupun ujian kehamilan adalah melebihi 99% tepat dalam mengesan hormon kehamilan dari hari yang dijangka haid, ada kemungkinan untuk mendapat keputusan hamil tetapi kemudiannya mengetahui yang anda tidak hamil (iaitu selepas itu anda mungkin mendapat keputusan tidak hamil, atau haid anda bermula). Perkara ini mungkin disebabkan keguguran secara semula jadi semasa peringkat awal kehamilan, yang dikenal sebagai 'keguguran awal kehamilan', yang malang sekali biasa berlaku, kerana lebih kurang 1 dalam 4 kehamilan berakhir dengan keguguran awal kehamilan. Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka, dapatkan nasihat doktor.

  • Bolehkah sebarang ubat atau masalah kesihatan memberi kesan kepada keputusan?

    • Sila baca arahan pengeluar untuk sebarang ubat yang anda ambil sebelum membuat ujian kehamilan.
    • Ubat kesuburan mengandungi hCG boleh memberi keputusan mengelirukan (ubat kesuburan ini biasanya diberi secara suntikan, dan jika ujian dibuat terlalu awal selepas suntikan mungkin mendapat keputusan 'Hamil' yang palsu).
    • Terapi kesuburan yang lain (seperti klomifen sitrat), ubat penghilang kesakitan dan kontraseptif hormon (cth. pil kontraseptif) tidak memberi kesan kepada keputusan.
    • Jika anda baru saja berhenti menggunakan kontraseptif hormon atau menggunakan terapi kesuburan lain seperti klomifen sitrat, haid anda mungkin tidak teratur, menyebabkan anda membuat ujian terlalu awal.
    • Jika anda hamil baru-baru ini (walaupun tidak cukup bulan) anda boleh mendapat keputusan 'Hamil'.
    • Kehamilan luar rahim, sista ovari, menopaus dan sesetengah masalah kesihatan yang amat jarang berlaku boleh memberikan keputusan yang mengelirukan.

    Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka anda haruslah membincangkannya dengan doktor.

  • Bagaimana untuk membaca keputusan saya?

    Jika anda menggunakan Ujian Kehamilan Digital Clearblue, keputusan 'Hamil' atau 'Tidak Hamil' akan dipaparkan dalam bentuk perkataan pada skrin paparan.

    Jika anda menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue biasa, keputusan 'Hamil' atau 'Tidak Hamil' akan ditunjukkan di Jendela Keputusan dalam bentuk keputusan +/- atau garisan biru yang jelas.

    Sila lihat halaman produk Ujian Kehamilan Clearblue untuk maklumat lanjut.