Soalan kerap ditanya mengenai Ujian Ovulasi

 
  • Adakah saya perlu membandingkan keputusan harian Ujian Ovulasi Clearblue saya?

    Tidak perlu. Setiap ujian yang anda buat akan memberitahu status kesuburan anda untuk hari itu.

  • Saya tersilap ketika membuat ujian ovulasi, apa yang perlu saya buat?

    Penyelesaian terbaik adalah membuat ujian ovulasi sekali lagi secepat mungkin pada hari yang sama (tetapi anda harus tunggu 4 jam sebelum membuang air kecil untuk memastikan paras hormon kesuburan dalam air kencing tidak terlarut) Cuba kurangkan minum berlebihan antara dua ujian ovulasi ini. Pastikan anda mengikut semua arahan dengan teliti. Sebaiknya jangan tunggu hingga hari berikutnya untuk membuat ujian baharu, agar anda tidak terlepas untuk mengesan hari subur anda. Jika anda telah mengambil sampel untuk ujian, anda boleh gunakan sampel yang sama untuk ujian kali kedua. Jika anda tidak mengesan lonjakan LH dengan ujian kedua, ujilah sekali lagi pada masa yang sama esok.

  • Apakah hari paling subur dan hari tidak begitu subur?

    Hari-hari dalam setiap kitaran yang anda paling subur, dan oleh itu paling berkemungkinan menjadi hamil akibat hubungan seks tanpa perlindungan, adalah hari ovulasi dan hari sebelumnya - hari-hari ini merupakan 2 hari kesuburan puncak. Terdapat juga beberapa hari sebelum 2 hari ini yang anda mempunyai kesuburan yang tinggi dan anda juga berkemungkinan menjadi hamil. Di luar 'tempoh kesuburan' yang sebanyak 6 hari in, peluang untuk menjadi hamil adalah tipis.

  • Apakah perbezaan antara ovulasi dan hari-hari subur?

    'Ovulasi' merupakan proses yang melibatkan sebiji telur dibebaskan dari ovari dalam sistem reproduktif wanita dan perkara ini beraku 12-16 hari sebelum haid yang seterusnya bermula. Wanita berada dalam keadaan paling subur pada hari ovulasi dan hari sebelumnya.

    'Hari-hari subur' merupakan semua hari semasa kitaran haid wanita apabila dia boleh menjadi hamil jika dia mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan. Memandangkan sperma boleh terus hidup untuk beberapa hari dalam tubuh wanita semasa tempoh suburnya, seseorang wanita lazimnya mempunyai 6 hari subur dalam setiap kitaran, hari ovulasi dan 5 hari sebelumnya.

  • Mengapa saya perlu tahu tempoh kitaran saya?

    Masa ovulasi berbeza mengikut tempoh kitaran anda, jadi untuk mengetahui waktu anda paling subur, anda perlu tahu tentang tubuh anda dan kitarannya. Anda boleh mendapatkan tempoh kitaran anda dengan mengira dari hari pertama haid (Hari 1) hingga hari sebelum haid seterusnya bermula. Sebaik-baiknnya, anda mempunyai maklumat ini sebelum memulakan uijan ovulasi.

    Tempoh kitaran berbeza bagi setiap wanita dan bagi setiap kitaran tetapi lazimnya adalah antara 23 dan 35 hari lamanya.

  • Bagaimanakah untuk saya tahu bila saya paling subur?

    Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila anda paling subur, salah satu cara paling mudah dan tepat adalah dengan menggunakan ujian ovulasi di rumah seperti Ujian Ovulasi Clearblue dan Monitor Kesuburan Clearblue.

    Ujian Ovulasi Clearblue atau Ujian Ovulasi Digital Clearblue membantu anda dengan menunjukkan 2 hari anda paling subur untuk mendapatkan kehamilan secara semula jadi, dengan mengesan lonjakan LH anda.

    Ujian Ovulasi Digital Clearblue dengan Indikator Dwi Hormon ialah satu-satunya ujian ovulasi yang dapat mengesan 4 hari subur… 2x lebih dari ujian ovulasi lain. Ia mengesan perubahan paras kedua-dua LH dan estrogen dan algoritma pintarnya dapat menyesuaikan kepada kitaran peribadi anda.

    Monitor Kesuburan Clearblue telah dibuktikan dapat meningkatkan kebarangkalian untuk hamil dua kali gandaii dengan mengenal pasti 6 hari subur yang lazim. Ia bukan saja mengesan lonjakan LH dan menunjukkan 2 hari anda paling subur, ia juga dapat mengenal pasti hari-hari subur tambahan sebelum ovulasi, dengan mengesan peningkatan estrogen. Ia juga menyimpan maklumat kitaran anda dan menyesuaikan aturan ujian dengan kitaran peribadi anda.

    Clearblue juga menyediakanPenjejak Kitaran untuk membantu anda merancang dan mengesan kitaran anda ketika anda sedang mencuba untuk hamil.

    ii Dalam 2 kitaran pertama penggunaan. Robinson JE., et al. Fertility and Sterility (2007) 87: 329-334

  • Adakah anda mempunyai sebarang petua** untuk membantu penghamilan dan untuk melalui kehamilan yang sihat?

    Petua-petua yang berikut akan membantu anda memberi si comel permulaan yang baik dalam hidup.

    • Ambillah Asid Folik Mengambil asid folik sebelum kehamilan adalah amat penting kerana ia bermakna terdapat cukup vitamin penting ini dalam tubuh anda pada peringkat terawal kehamilan. Mengambil asid folik lebih awal boleh menghalang kecacatan tiub saraf (masalah perkembangan tulang belakang, seperti spina bifida).
    • Jalanilah pemeriksaan fizikal Periksa cara hidup andacth. pengambilan alkohol dan merokok, ubat-ubatan semasa dan pemvaksinan, dan mintalah nasihat am dari pakar penjagaan kesihatan anda tentang cara untuk hamil dan kehamilan.
    • Miliki berat yang sihat Berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Bincanglah dengan doktor anda jika anda memerlukan bantuan untuk mengetahui berat terbaik untuk anda, dan untuk nasihat tentang cara mencapai dan mengekalkan berat tersebut.
    • Bersenamlah secukupnya Senaman yang cukup membantu untuk menguatkan otot-otot anda dan memudahkan anda untuk mengandung bayi. Sebaik sahaja anda hamil, kelas senaman antenatal merupakan cara yang baik untuk kekal sihat kerana kelas itu direka bentuk khusus untuk wanita hamil.
    • Tingkatkan nutrisi anda Sumber nutrisi bayi anda hanya dari anda semata-mata. Jadi pastikan yang sepanjang kehamilan anda mendapat kalsium secukupnya, protein, vitamin dan karbohidrat. Elakkan mengambil minuman berkafeina dan produk tenusu yang tidak dipasteurkan.
    • Berhati-hatilah dengan pengambilan ubat Bincang dengan doktor anda tentang sebarang ubat yang diambil mengikut preskripsi atau ubat tanpa preskripsi.
    • Elakkanlah jangkitan (contohnya toksoplasmosis) Pastikan yang anda membasuh buah dan sayur-sayuran, memakai sarung tangan apabila berkebun atau membuang pasir kumbahan dan pastikan daging dimasak sempurna.
    • Pastikan doktor gigi anda dimaklumkan Jika anda memerlukan rawatan gigi, maklumkan doktor gigi anda yang anda hamil. Sesetengah rawatan boleh memudaratkan bayi anda.
    • Jaga keselamatan anda di tempat kerja Garis panduan keselamatan di tempat kerja untuk wanita hamil sangat berbeza antara satu negara dengan negara yang lain, jadi anda haruslah merujuk organisasi profesional yang bertanggung jawab untuk memberikan nasihat mengenai subjek ini di tempat kediaman anda.

    **Perkara ini hanyalah cadangan untuk tujuan maklumat sahaja. Rujuklah pakar penjagaan kesihatan yang berkelayakan setiap masa untuk nasihat perubatan, terutamanya untuk memantau perkembangan dan usia kehamilan anda. Pastikan anda membaca dengan teliti arahan yang dibekalkan bersama produk sebelum digunakan.

  • Apakah kebarangkalian untuk hamil ketika hari-hari subur?

    Kebarangkalian untuk hamil berbeza-beza antara satu kitaran dengan kitaran yang lain dan antara seorang wanita dengan wanita yang lain dan bergantung pada beberapa faktor seperti umur wanita, umur pasangannya, tahap kesihatan keseluruhan dan cara hidup mereka. Dalam satu kajian, kebarangkalian untuk hamil pada setiap satu hari semasa tempoh kesuburan dilaporkan dan ditunjukkan dalam graf di bawah:-

    iii Wilcox AJ., et al. NEJM (1995) 333: 1517

  • Apakah perbezaan di antara penggunaan kebanyakan Ujian Ovulasi dan penggunaan Monitor Kesuburan Clearblue?

    Kebanyakan ujian ovulasi mengesan lonjakan LH, iaitu peningkatan tiba-tiba hormon peluteinan (LH), yang terjadi lebih kurang 24-36 jam sebelum ovulasi. Inilah caranya ujian ini menunjukkan 2 hari paling subur dalam kitaran anda - hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Jadi, jika anda melakukan seks pada 2 hari ini, anda memberikan diri anda kebarangkalian yang terbaik untuk hamil.

    Ujian Ovulasi Digital Clearblue dengan Indikator Dwi Hormon adalah satu-satunya ujian ovulasi yang berbeza - ia mengesan 2 hormon kesuburan terpenting untuk mengenal pasti 4 hari paling subur anda, iaitu menambah 2 hari lebih dari ujian-ujian lain. Ini bermakna anda mempunyai lebih masa untuk merancang masa berkualiti dengan pasangan anda dan kebarangkalian untuk hamil pada setiap kitaran adalah lebih baik.

    Monitor Kesuburan Clearblue boleh mengenal pasti lebih banyak hari subur daripada mana-mana ujian ovulasi - biasanya 6 hari setiap kitaran. Bukan saja ia mengesan lonjakan LH dan menunjukkan 2 hari puncak kesuburan anda, ia juga mengenal pasti biasanya hingga 5 hari subur tambahan yang anda boleh hamil (hari kesuburan tinggi) dengan mengesan peningkatan paras estrogen yang berlaku pada masa sebelum lonjakan LH ini. Memandangkan sperma pasangan anda boleh bertahan di dalam tubuh anda selama beberapa hari, melakukan seks pada hari-hari tersebut boleh menghasilkan kehamilan. Ia juga memberi anda maklumat peribadi dengan memaklumkan anda bilakah anda perlu membuat ujian dan bilakah hari akhir kitaran anda.

  • Saya baru saja berhenti mengambil pil kontraseptif. Adakah hal ini akan mempengaruhi keputusan saya?

    Tidak, hal ini tidak mempengaruhi keputusan anda. Tetapi kitaran anda mungkin menjadi tidak teratur jika anda baru saja berhenti mengambil pil tersebut, jadi mungkin lebih sukar untuk tahu bila untuk mulakan ujian. Atas sebab perkara ini, adalah lebih baik jika anda menunggu sehingga anda melepasi 2 kitaran haid biasa yang berturut-turut, dan mencatat tempoh kitaran ini, sebelum menggunakan Ujian Ovulasi Clearblue.

  • Kitaran saya tidak termasuk dalam julat yang ditunjukkan dalam jadual. Bagaimana nak tahu bila saya boleh mulakan ujian?

    Jika kitaran anda adalah 21 hari atau kurang, anda harus memulakan ujian pada hari ke-5 kitaran anda. Jika kitaran anda lebih panjang daripada 40 hari dan anda menggunakan salah satu Ujian Ovulasi Clearblue atau Ujian Ovulasi Clearblue Digital, anda harus mulakan ujian 17 hari sebelum haid anda yang seterusnya dijangka. Jika kitaran anda lebih panjang daripada 40 hari dan anda menggunakan Ujian Ovulasi Clearblue Digital dengan Indikator Dwi Hormon, anda haruslah memulakan ujian 20 hari sebelum haid anda yang seterusnya dijangka.

  • Saya telah menggunakan Ujian Ovulasi Clearblue selama beberapa bulan dan masih belum hamil. Bolehkah saya pasti yang saya akan hamil?

    Wanita normal dan sihat memerlukan beberapa bulan untuk hamil. Terdapat banyak sebab kenapa anda masih belum hamil, walaupun anda mengadakan hubungan seks pada masa yang anda paling subur. Teruskan mencuba. Jika selepas beberapa bulan mencuba anda masih tidak berjaya, adalah lebih baik untuk berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut apakah yang anda harus lakukan seterusnya.

    Di UK, sebelum doktor menimbangkan siasatan lanjut anda harus telah mencuba untuk hamil selama setahun jika berumur bawah 35 tahun atau jika anda berumur 35-40 tahun mencuba selama 6 bulan. Jika anda berumur lebih 40 tahun maka anda harus mendapatkan nasihat serta-merta.

    Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Monitor Kesuburan Clearblue. Dalam satu kajian, Monitor Kesuburan Clearblue hampir menggandakan kebarangkalian untuk hamil bagi penggunaan semasa dua kitaran pertama. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Monitor Kesuburan Clearblue.

  • Apakah ovulasi, bila ia berlaku dan kenapa ia penting?

    Sama ada anda cuma terfikir hendak mencuba mendapat cahaya mata, atau sedang aktif mencuba, pemahaman yang lebih baik tentang cara tubuh anda berfungsi tentu sangat membantu. Satu dalam dua pasangan mungkin sedang mencuba untuk hamil pada hari-hari yang salah dalam kitaran haid pasangan wanitanya i, maka kami telah mengumpulkan maklumat untuk membantu anda memahami kitaran haid anda dan proses ovulasi. Ovulasi berlaku apabila perubahan hormon menyebabkan ovari anda membebaskan ovum (telur) - selalunya 12 ke 16 hari sebelum haid anda yang seterusnya bermula. Anda paling subur pada beberapa hari sebelum dan termasuk hari ovulasi.

    Ovum (telur) terkandung dalam ovari anda. Pada bahagian pertama dalam setiap kitaran haid, salah satu telur akan disediakan untuk dibebaskan dari ovari. Semakin anda menghampiri ovulasi, tubuh anda menghasilkan lebih banyak estrogen. Hormon ini menyebabkan lapisan dinding rahim anda menjadi tebal dan membantu mewujudkan persekitaran yang mesra sperma. Paras estrogen yang tinggi mencetuskan kenaikan secara mendadak atau 'lonjakan' hormon peluteinan (LH) yang seterusnya mencetuskan pembebasan telur dari ovari anda, perkara ini dipanggil ovulasi.

    Lazimnya, ovulasi berlaku 24 ke 36 jam selepas lonjakan LH, dan anda paling subur pada hari lonjakan LH dan hari berikutnya.

    Telur boleh hidup sehingga 24 jam selepas ovulasi dan itulah waktunya ia boleh disenyawakan. Jika pensenyawaan tidak berlaku, paras hormon kesuburan akan menurun dan kitaran seterusnya akan bermula dengan runtuhnya lapisan rahim yang telah menjadi tebal itu (haid).

    Walaupun telur boleh hidup sehingga 24 jam, sperma pula boleh bertahan sehingga 5 hari. Itulah sebabnya anda masih boleh hamil walaupun anda mengadakan hubungan seks 4-5 hari sebelum telur itu dibebaskan

    i Johnson SR, Foster L dan Ellis J. Human Reproduction (2011) 26: i236

  • Saya rasa saya mungkin hamil. Apa yang perlu saya buat?

    Anda boleh menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue. Ujian ini mudah untuk digunakan dan boleh memberikan anda keputusan yang tepat dalam masa sesingkat 2 minit. Jika keputusan Ujian Kehamilan Clearblue anda adalah 'Hamil' anda haruslah berjumpa doktor untuk membincangkan keputusan yang anda peroleh itu dan langkah-langkah yang harus diambil seterusnya. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Ujian Kehamilan Clearblue, klik di sini.

  • Saya telah menjalankan semua ujian ovulasi seperti dalam arahan ujian, tetapi masih belum dapat mengesan lonjakan LH saya. Apa yang perlu saya buat?

    Untuk kebanyakan wanita yang mempunyai kitaran teratur bilangan ujian yang terdapat dalam pek Ujian Ovulasi Clearblue adalah mencukupi untuk mengesan lonjakan LH mereka. Jika tempoh kitaran anda berbeza melebihi 3 hari, maka anda mungkin perlu menggunakan jalur ujian tambahan untuk mengesan lonjakan LH anda. Sesetengah wanita tidak mengovum pada setiap kitaran dan oleh itu tidak akan melihat lonjakan LH dalam kitaran itu. Jika anda khuatir dengan keputusan yang anda peroleh, jumpalah doktor.

  • Adakah saya perlu menggunakan kesemua Ujian Ovulasi Clearblue?

    Tidak perlu. Anda boleh berhenti menguji apabila anda dapat mengesan lonjakan LH dan simpan uijan selebihnya kalau-kalau anda memerlukannya pada kitaran seterusnya.