Ujian Kehamilan dan Ketepatan

Segala yang anda perlu tahu tentang ujian kehamilan - dengan tepat.

Tidak semua ujian kehamilan adalah sama dari segi ketepatan dan mudah untuk dibaca oleh pengguna. Sebenarnya, hampir 1 dari 3 wanita boleh tersilap baca sesetengah jenis ujian kehamilan, seperti ujian strip dan kaset[i].


Ujian Kehamilan yang Menjadi Pilihan

Apabila anda membuat ujian kehamilan anda tidak mahu keputusan yang salah maka adalah penting bagi anda memilih ujian yang menggabungkan tiga faktor utama, dan ketiga-tiga ini boleh anda dapati pada SEMUA Ujian Kehamilan Clearblue:

  • Melebihi 99% tepat bermula dari hari haid anda yang sepatutnya
  • Mudah digunakan
  • Keputusan mudah dibaca

Ujian Kehamilan Aliran Pertengahan - 9 dari 10 wanita berkata ianya 'MUDAH DIGUNAKAN'[i]

Menguji terus dalam aliran air kencing anda dikenal sebagai ujian ‘aliran pertengahan’. Dalam satu kajian, kami dapati hampir tiga suku bilangan wanita lebih gemar menguji dalam aliran air kencing mereka. Ujian kehamilan aliran pertengahan adalah ringkas, bersih dan mudah digunakan. Sebab itulah semula Ujian Kehamilan Clearblue merupakan ujian kehamilan aliran pertengahan dan direka bentuk khas untuk memenuhi keperluan anda.

Ujian Kehamilan Aliran Pertengahan

 

Ujian Kehamilan Aliran Pertengahan Digital

Bagi wanita yang inginkan maklumat lanjut, Ujian Kehamilan Digital Clearblue dengan Indikator Penghamilan ialah seperti ujian 2 dalam 1 - bukan saja memberikan anda keputusan digital 'Hamil' atau 'Tidak Hamil' dengan jelas, ia juga memberitahu tempoh kehamilan anda (1-2, 2-3 atau 3+ minggu sejak penghamilan) Ianya melebihi 99% tepat dalam mengesan kehamilan dari hari dijangka haid dan Indikator Penghamilan juga setepat imbasan ultrabunyi dalam penarikhan kehamilan anda[iii].

Bukan itu saja, ujian Kehamilan Digital Clearblue boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid* dan keputusan jelas 'Hamil' atau 'Tidak Hamil' membuatkannya mudah dibaca berbanding ujian jalur biasa, yang boleh jadi sukar ditafsir (kajian menunjukkan 1 dari 4 wanita tersilap dalam membuat bacaan keputusan ujian jalur)[iv].

Sebab itulah Ujian Kehamilan Digital Clearblue adalah pilihan terbaik semua wanita.

 

  • Ujian strip - 7 dari 10 wanita berkata 'TIDAK MUDAH DIGUNAKAN'[i]

    Strip biasanya terlalu kecil, mudah rosak dan agak sukar digunakan. Anda perlu mengambil sampel air kencing, biasanya tanpa diberikan bekas untuk menadah, kemudian dicelupkan strip ujian ke dalam sampel. Tanpa tudung, ujian ini boleh jadi comot dan tidak bersih - dan garis keputusannya adalah kecil dan sukar dibaca.

    Ujian Kehamilan Strip
  • Kaset - 9 dari 10 wanita berkata 'TIDAK MUDAH DIGUNAKAN' [i]

    Kaset terdiri daripada 2 bahagian berasingan yang memerlukan anda menitiskan air kencing ke atas 'lubang sampel' menggunakan pipet plastik yang renyah - membuatkan anda rasa seperti membuat eksperimen sains yang mengelirukan. Langkah-langkah yang banyak dan strip yang sukar dibaca membuatkannya sukar digunakan.

    Imej kaset

Bilakah masanya untuk membuat ujian kehamilan

Clearblue menyarankan agar anda membuat ujian pada hari dijangka haid, namun, oleh kerana paras hCG meningkat secara mendadak pada awal kehamilan, ujian kehamilan Clearblue adalah sangat sensitif dan mampu mengesan kehamilan seawal empat hari sebelum hari dijangka haid.

Tidak semua wanita hamil yang membuat ujian pada hari sebelum dijangka haid akan mendapat keputusan 'Hamil'. Ini kerana mungkin paras hCG di dalam air kencing mereka masih belum mencukupi untuk dikesan oleh ujian kehamilan.

Jika anda membuat ujian awal dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil' - tetapi anda syak anda hamil - kami menyarankan anda membuat ujian semula pada atau selepas hari dijangka haid.

Namun begitu, jika anda membuat ujian awal, anda boleh yakin dengan ketepatan keputusan 'Hamil' dengan mana-mana Ujian Kehamilan Clearblue.

Berhati-hati dengan ujian kehamilan jenama lain yang mendakwa boleh memberi keputusan 'amat awal' - lebih dari empat hari sebelum hari dijangka haid.

Sesetengah jenama mendakwa boleh memberi hasil seawal lima hari sebelum hari dijangka haid (iaitu 6 hari awal sebelum haid yang tidak datang). Namun, kajian menunjukkan disebabkan ujian-ujian kehamilan ini direka untuk mengesan jumlah hCG yang amat sedikit mungkin ada yang 'terlalu sensitif' - iaitu ada yang boleh mengesan hCG pada paras yang sangat rendah yang berlaku secara semula jadi bagi wanita yang tidak hamil, khususnya mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Maka, anda mungkin akan mendapat keputusan 'Hamil' walaupun sebenarnya anda tidak hamil, dan ini boleh mengecewakan.

Gunakan Ujian Kehamilan Clearblue seawal empat hari sebelum haid dan anda boleh yakin dengan ketepatan keputusan 'Hamil'.


Bagaimana ujian kehamilan berfungsi

Semua ujian kehamilan rumah berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan hCG (Gonadotrofin Korion manusia) dalam air kencing. HCG muncul pertama kali dalam air kencing sekitar waktu telur yang tersenyawa membenam dalam uterus dan dipercayai terlibat dalam proses penanaman ini. Paras hCG meningkat dengan mendadak pada peringkat awal kehamilan (bertambah lebih kurang dua kali ganda setiap 24 jam) dan mencapai puncaknya sekitar 8-10 minggu.

Ujian Kehamilan Clearblue mengesan jumlah hCG yang sangat kecil di dalam air kencing anda dan melebihi 99% tepat bermula dari hari dijangka haid.

Ujian Kehamilan Aliran Pertengahan
  • [i]Dalam satu kajian melibatkan 111 wanita di UK yang menggunakan dan membaca ujian berbeza pada Oktober 2012.
  • [ii] Tomlinson C., et al. CMRO (2008) 24(6):1645-49
  • [iii] Ujian 'minggu' 97% berpadanan dengan imbasan ultrabunyi penarikhan yang dijalankan kemudian. Berdasarkan kajian yang membandingkan keputusan 187 wanita (1-2, 2-3, 3+ minggu setelah penghamilan) dengan penarikhan +/- 5 hari menggunakan ultrabunyi.
  • [iv]Clearblue menyarankan agar anda membuat ujian bermula pada hari anda dijangka haid. Namun begitu, paras hormon kehamilan meningkat dengan cepat ketika awal kehamilan dan Clearblue boleh digunakan untuk menguji seawal 4 hari sebelum hari anda dijangka haid. Dalam ujian klinikal ke atas sampel kehamilan awal Clearblue memberikan keputusan berikut: 55% wanita menerima keputusan 'Hamil' seawal 4 hari, 86% wanita seawal 3 hari, 97% wanita seawal 2 hari, 98% wanita seawal sehari. Jika anda menguji lebih awal dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil' berkemungkinan ia disebabkan paras hormon kehamilan belum lagi cukup tinggi untuk dikesan. Anda harus menjalankan ujian sekali lagi pada hari dijangka haid.