Terdapat banyak jenis kalkulator ovulasi kini yang menganggarkan bila hari subur anda - dalam bentuk 'kaedah kalendar'. Biasanya kalkulator ini berdasarkan tiga maklumat:-

  1. 1. Tarikh haid terakhir anda bermula.
  2. 2. Tempoh kitaran biasa anda
  3. 3. Sebenarnya ovulasi selalunya berlaku 12-16 hari sebelum bermulanya haid anda yang seterusnya.

Versi yang paling ringkas adalah menggunakan kalendar atau diari serta kalkulator dan anda menetapkan hari itu sendiri, tetapi terdapat juga widget di internet dan aplikasi yang boleh melakukan penetapan itu untuk anda.

Kalkulator ovulasi seperti ini menimbulkan masalah kerana ia berasaskan maklumat yang berubah-ubah - hampir separuh bilangan wanita mempunyai kitaran yang berbeza sebanyak 7 hari atau lebih i dan pengaturan masa ovulasi juga boleh berbeza beberapa hari, walaupun bagi kitaran yang tetap.

Kaedah kalendar didapati meramalkan bilangan hari subur dengan tepat hanya bagi 1/3 daripada tempoh kitaran ii.

Jika anda ingin mengenal pasti dengan tepat hari-hari subur anda bagi setiap kitaran dengan yakin, gunakan ujian ovulasi atau monitor kesuburan yang mengesan perubahan dalam hormon kesuburan utama anda dalam air kencing - yang telah terbukti lebih tepat berbanding kaedah kalendar atau suhu ii.