Ujian Ovulasi DIGITAL Clearblue

Ujian Ovulasi DIGITAL Clearblue
Lebih 99% tepat dalam menunjukkan 2 hari yang anda paling subur* - dengan keputusan digital yang sangat jelas

Dalam setiap kitaran, hanya terdapat beberapa hari yang seorang wanita boleh hamil, jadi hubungan seks pada hari-hari ini adalah sangat penting jika anda mahu hamil. Ujian Ovulasi Digital Clearblue membantu anda memaksimumkan peluang untuk hamil secara semula jadi dengan mengenal pasti 2 hari yang anda paling subur pada setiap kitaran dengan mengukur perubahan paras hormon kesuburan yang utama – hormon peluteinan (LH). Ia lebih tepat berbanding dengan kaedah kalendar dan suhu* serta memberi anda keputusan yang sangat jelas pada paparan digital.

Shows your 2 most fertile days

Menunjukkan 2 hari yang anda paling subur

Dengan mengenal pasti 2 hari yang terbaik untuk hamil, anda boleh lebih yakin bahawa anda sedang mencuba pada masa yang betul.

Over 99% Accurate

Tepat melebihi 99%

Lebih tepat berbanding dengan kaedah kalendar dan suhu dalam menjangka hari-hari yang paling subur*.

Clear digital results

Keputusan digital yang jelas

Dengan paparan digital yang jelas, keputusan anda semakin mudah untuk dibaca.

Easy to use

Mudah untuk digunakan​

Simbol 'jalur ujian' berkelip yang unik menunjukkan bahawa ujian ovulasi digital sedang berfungsi.

 

Apa pendapat orang lain?

Apa pendapat orang lain?Apa pendapat orang lain?

1. Sebelum menjalankan ujian

Jalankan ujian pada hari sebelum tempoh kitaran anda bermula

- Jangan lupa membaca arahan pada pek dan risalah ini dengan teliti sebelum menggunakan ujian.

- Anda harus tahu tempoh kitaran biasa anda terlebih dahulu untuk memastikan ujian dijalankan pada masa yang sesuai dengan lonjakan LH anda

- Untuk menentukan tempoh kitaran anda, anggap hari haid bermula (hari pertama aliran haid penuh) sebagai Hari 1, dan teruskan mengira sehingga hari SEBELUM haid anda yang seterusnya bermula – bilangan hari tersebut ialah tempoh kitaran haid anda.

- Sebaik sahaja anda tahu tempoh kitaran anda, gunakan jadual di bawah bagi menentukan hari untuk menjalankan ujian:

Jumlah hari dalam tempoh kitaran anda 21 atau kurang 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 atau lebih
Jalankan ujian pada hari sebelum tempoh kitaran anda bermula 5 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 17 hari sebelum haid seterusnya bermula
 
 

 

- Elakkan daripada buang air kecil empat jam sebelum anda melakukan ujian ovulasi, dan lebih baik jika anda elakkan daripada minum terlalu banyak sebelum ujian – mungkin lebih mudah jika anda menggunakan air kencing yang pertama pada hari itu.- Anda boleh menguji pada bila-bila masa, tetapi anda perlu menguji pada masa yang sama setiap hari.

Before testing

2. Menyediakan ujian ovulasi

- Keluarkan jalur ujian ovulasi daripada pembalut kerajang.

- Tanggalkan penutup

- Sebelum meletakkan air kencing pada jalur ujian ovulasi, ia harus dimasukkan ke dalam pemegang ujian.

 
Getting the ovulation test ready

- Jajarkan anak panah merah jambu pada jalur ujian ovulasi dengan anak panah merah jambu pada pemegang ujian dan masukkannya sehingga berbunyi klik.

- Tunggu sehingga simbol 'ujian sedia' muncul dan jalankan ujian ovulasi dengan segera.

 

3. Menjalankan ujian

Doing the test- Letakkan Pensampel Mudah Serap menghala ke bawah dalam aliran air kencing anda selama 5 hingga 7 saat.

- Atau kumpul air kencing anda di dalam bekas yang bersih dan kering. Celup Pensampel Mudah Serap ke dalam air kencing selama 15 saat.

- Berhati-hati supaya tidak membasahkan pemegang ujian.

 

4. Tunggu selama 3 minit

Wait for 3 minutes - Pastikan pensampel menghala ke bawah atau letakkan Jalur Ujian secara mendatar. Sepanjang ujian berjalan, pastikan hujung mudah serap ujian tidak menghala ke atas.

 

Wait for 3 minutes- Selepas 20 hingga 40 saat, simbol 'ujian sedia' akan mula berkelip untuk menunjukkan bahawa ujian ovulasi sedang berfungsi.

 

- Jangan keluarkan jalur ujian ovulasi sebelum anda mendapat keputusan.

- Pasang semula penutup jalur ujian ovulasi dan tunggu selama 3 minit.

 

5. Baca keputusan anda

Paparan akan menunjukkan keputusan anda dalam masa 3 minit.

 

No LH surgeTiada lonjakan LH: Jika anda mendapat 'bulatan kosong', ujian belum mengesan lonjakan LH anda. Uji semula pada masa yang sama keesokan harinya menggunakan jalur ujian ovulasi yang baharu..

 

LH surgeLonjakan LH: Keputusan 'wajah senyuman' bermakna anda telah mengesan lonjakan LH anda. 2 hari yang anda paling subur ialah hari ujian ini dan esok, jadi melakukan hubungan seks dalam masa 48 jam yang seterusnya akan memaksimumkan peluang anda untuk hamil

- Setelah anda membaca keputusan akhir anda, keluarkan jalur ujian ovulasi dan buangkannya.

- Keputusan anda hanya boleh dibaca pada paparan pemegang ujian - anda tidak boleh menentukan keputusan anda daripada sebarang garisan pada jalur ujian ovulasi.

- Keputusan anda akan terus terpapar selama 8 minit.

- Jangan masukkan semula jalur ujian ovulasi yang sudah digunakan.

 

Soalan paling kerap ditanya

Saya tidak tahu tempoh kitaran biasa saya atau tempoh kitaran saya berbeza-beza. Bilakah saya perlu mengambil Ujian Ovulasi?

Jika anda tidak tahu tempoh kitaran biasa anda, anda dinasihatkan supaya menunggu sekurang-kurangnya satu kitaran haid, dan catatkan tempoh kitaran ini sebelum menggunakan Ujian Ovulasi Digital Clearblue. Setelah anda menentukan tempoh kitaran anda, anda boleh menggunakan arahan pada muka surat sebelah bagi menentukan waktu menguji. Jika perbezaan dalam tempoh kitaran anda melebihi 3 hari, pilih kitaran paling pendek bagi tempoh 6 bulan yang lalu untuk menentukan waktu memulakan ujian. Terdapat kemungkinan bahawa anda perlu menggunakan pek baharu dan pemegang ujian serta jalur ujian baharu untuk mengesan lonjakan LH anda. Sebagai pilihan lain, jika anda ingin mula menjalankan ujian tanpa mengetahui tempoh kitaran anda, kami mengesyorkan anda mula menguji pada hari ke-10. (Namun, dalam keadaan ini, anda mungkin terlepas lonjakan LH anda kerana anda mula menguji terlalu lewat atau anda mungkin perlu mula menggunakan pek baharu untuk meneruskan ujian. Rujuk pada soalan 7).

Bilakah masa yang sesuai untuk menjalankan ujian ovulasi?

Anda boleh menguji pada bila-bila masa, tetapi anda harus menguji pada masa yang agak sama setiap hari. Anda haruslah menahan daripada membuang air kecil sekurang-kurangnya 4 jam sebelum menjalankan ujian.

Adakah saya perlu menggunakan kesemua ujian ovulasi itu?

  • Tidak. Anda boleh berhenti menguji apabila anda mengesan lonjakan LH anda

Adakah saya boleh menggunakan pemegang ujian dengan mana-mana jalur ujian lain?

Anda hanya boleh menggunakan Jalur Ujian Ovulasi Digital Clearblue dengan pemegang ujian ini. Jika anda mempunyai baki jalur ujian daripada Pek Ujian Ovulasi Digital Clearblue sebelum ini, anda boleh menggunakan pemegang ujian dalam pek ini.

Saya telah menjalankan ujian, tetapi keputusan tidak muncul pada Paparan. Apakah maksudnya?

Keputusan anda akan muncul pada Paparan dalam masa 3 minit selepas menjalankan ujian. Jika keputusan tidak muncul, simbol ralat akan muncul pada Paparan dalam masa 10 minit. Rujuk risalah arahan yang lengkap untuk mendapatkan maklumat tentang mesej ralat.

Sejauh manakah ketepatan Ujian Ovulasi DIGITAL Clearblue?

Ujian Ovulasi Digital Clearblue telah terbukti lebih 99% tepat dalam mengesan lonjakan LH sebelum ovulasi ketika percubaan makmal yang menyeluruh. Kepekaan Ujian Ovulasi Digital Clearblue ialah 40mIU/ml.

Saya telah menjalankan semua ujian seperti yang diarahkan, tetapi masih belum dapat mengesan lonjakan LH saya. Apakah yang perlu saya buat?

Bagi kebanyakan wanita yang mempunyai kitaran teratur, bilangan Jalur Ujian yang terdapat dalam pek Ujian Ovulasi Digital Clearblue adalah mencukupi untuk mengesan lonjakan LH mereka. Jika perbezaan dalam tempoh kitaran anda melebihi 3 hari, anda mungkin perlu menggunakan pek baharu untuk mengesan lonjakan LH anda. Sesetengah wanita tidak mengovum pada setiap kitaran dan oleh itu, tidak akan melihat lonjakan LH dalam kitaran itu. Jika anda khuatir dengan keputusan yang anda peroleh, jumpalah doktor.

Adakah ubat atau masalah kesihatan tertentu akan mempengaruhi keputusan?

a. Pastikan anda membaca arahan pengilang untuk mengetahui sebarang ubat yang anda ambil sebelum menjalankan ujian.

b. Masalah kesihatan dan ubat tertentu boleh menjejaskan prestasi Ujian: sebagai contoh, jika anda sebenarnya hamil, atau telah hamil baru-baru ini, telah putus haid atau mengalami sindrom ovari polisistik, anda mungkin memperoleh keputusan yang mengelirukan. Ini juga mungkin berlaku jika anda mengambil ubat kesuburan yang mengandungi Hormon Peluteinan atau Gonadotrofin Korion manusia. Berbincang dengan doktor anda.

c. Klomifen sitrat tidak menjejaskan ujian, namun ia mungkin mempengaruhi tempoh kitaran anda dan oleh itu, waktu pengujian juga akan dipengaruhi olehnya. Anda mungkin perlu menggunakan pek baharu dan pemegang ujian serta jalur ujian baharu untuk meneruskan ujian.

Saya telah berhenti menggunakan kontrasepsi hormon (contohnya, pil kontrasepsi). Adakah hal ini akan memberi kesan kepada keputusan?

Tidak, hal ini tidak mempengaruhi keputusan anda. Namun, pola semula jadi hormon anda terganggu dengan kontrasepsi secara hormon dan jika anda baru sahaja berhenti menggunakannya, kitaran anda mungkin menjadi tidak teratur dan akan mengambil masa untuk menjadi stabil kembali. Anda boleh tunggu sehingga anda habis dua kitaran haid biasa, dan awasi tempoh kitaran ini, sebelum anda menggunakan Ujian Ovulasi Digital Clearblue.

Saya telah menggunakan Ujian Ovulasi DIGITAL Clearblue selama beberapa bulan dan tidak hamil. Bolehkah saya pasti yang saya akan hamil?

Anda mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk berjaya hamil. Terdapat banyak sebab anda masih belum hamil walaupun anda mengadakan hubungan seks pada masa yang anda paling subur. Jika selepas mencuba beberapa bulan dan anda masih belum berjaya, anda haruslah merujuk doktor