Ujian Ovulasi Clearblue EASY

Melebihi 99% tepat untuk mengesan 2 hari yang anda paling subur, bertujuan membantu anda merancang kehamilan.

Dalam sesuatu kitaran terdapat hanya beberapa hari yang seorang wanita boleh hamil, jadi hubungan seks pada hari-hari ini adalah sangat penting jika anda mahu hamil. Kit Ujian Ovulasi Clearblue EASY akan membantu anda memaksimumkan kebarangkalian untuk hamil secara semula jadi dengan mengenal pasti 2 hari yang paling subur dalam kitaran haid anda. Ujian ovulasi ini mengukur perubahan dalam paras hormon kesuburan utama - hormon peluteinan (LH) yang lebih tepat daripada kaedah kalendar dan suhu untuk mengenal pasti hari-hari yang paling subur dalam sesuatu kitaran*.

Menunjukkan 2 hari yang anda paling subur

Menunjukkan 2 hari yang anda paling subur

Dengan mengenal pasti 2 hari yang terbaik untuk hamil, anda menjadi lebih yakin bahawa anda telah mencuba pada hari-hari yang betul.

99% tepat dalam mengesan lonjakan LH

99% tepat dalam mengesan lonjakan LH

Ujian Ovulasi Clearblue EASY adalah lebih tepat daripada kaedah kalendar dan suhu bagi mengesan 2 hari yang anda paling subur*.

Mudah untuk digunakan

Mudah untuk digunakan

Ujian air kencing yang mudah, sama seperti ujian kehamilan

 

Cara untuk menggunakan Ujian Ovulasi Clearblue EASY

    • 1. Sebelum menjalankan ujian

    • 2. Bersedialah untuk menguji

    • 3. Tunggu selama 3 minit

    • 4. Baca keputusan anda


    Apa pendapat orang lain?Apa pendapat orang lain?

    Tina,Greece

    "Kami telah mencuba untuk hamil selama lebih kurang 4/5 bulan tahun lalu tetapi tidak berjaya, kemudian pasangan saya pulang dari Tesco dengan kit ovulasi ini, dan kami bermula sekitar Februari/Mac dan terus berjaya terima kasih kepada kit anda, dan jantina yang kami harapkan adalah lelaki dan bayi lelaki kami yang sepatutnya lahir pada 25 Disember 2011 telah lahir pada 30 Disember 2011. Pasangan saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana membantu kami jadi hamil jika tidak dengan pertolongan anda kami mungkin masih lagi mencuba terima kasih sekali lagi."

    Frösö,

    "Apabila kami mula mencuba untuk hamil, saya sangka ia adalah satu proses yang agak mudah. Tapi, saya dan pasangan saya tak tahu bahawa kehamilan boleh berlaku hanya pada tempoh waktu yang singkat setiap bulan. Apa yang berlaku ialah kami telah mencuba lebih daripada 6 bulan pada hari-hari yang salah. Semasa bercakap dengan seorang kawan, dia mengesyorkan saya Ujian Ovulasi Clearblue dan tanpa berlengah saya terus mencubanya. Sebenarnya saya tahu ada ujian seperti ini, tetapi saya tidak pernah mencubanya kerana saya fikir ia adalah untuk mereka yang mempunyai masalah. Pemikiran yang benar-benar salah!!"

    "Selepas menggunakan ujian ovulasi Clearblue dan mencuba pada hari-hari yang saya paling subur, sekarang ni saya sudah berbadan dua. Hanya selepas 2 bulan. Terima kasih kerana mempunyai produk yang begitu hebat."

    Soalan paling kerap ditanya