Kaedah untuk mengenal pasti hari-hari subur anda

Kenal pasti hari-hari subur anda dan terus bertindak

Disebabkan setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza-beza, boleh jadi sukar untuk mengetahui bilakah hari subur ANDA, tetapi kami telah menyaksikan bahawa pengetahuan ini adalah amat penting jika anda merancang untuk hamil. Agak memenat dan menekankan apabila keterujaan menimang cahaya mata bertukar menjadi kecelaruan emosi bulan demi bulan dengan seks atas tujuan membuat bayi – kenal pastilah hari-hari subur anda dan lakukan hubungan seks pada waktu itu (juga pada waktu lain yang anda suka pada bulan itu! ) boleh membantu mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda.


Apakah kaedah yang tepat untuk mengenal pasti hari yang SAYA subur?

Kesuburan anda dikawal oleh hormon semula jadi, maka suatukaedah tepat untuk mengenal pasti hari-hari subur ANDA adalah dengan mengesan perubahan pada hormon-hormon kesuburan yang penting (hormon peluteinan (LH) dan estrogen) menggunakan produk ujian di rumah yang mudah seperti Ujian Ovulasi Clearblue


Kaedah lain yang mungkin anda pernah dengar

Kaedah lain yang biasa digunakan untuk menganggar hari-hari anda yang paling subur seperti kaedah kalendar, suhu badan asas atau air liur, adalah kurang tepat berbanding pemerhatian hormon dan lebih mudah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti penyakit atau ubatan.


Kaedah manakah yang lebih tepat?

Ujian Ovulasi adalah sekurang-kurangnya 99% tepat dalam mengesan lonjakan LH yang berlaku 24-36 jam sebelum ovulasi, maka ujian ini adalah lebih tepat berbanding kalendar dan kaedah suhu dalam menjangka hari paling subur. Ujian ini juga lebih mudah untuk dijalankan.


  • Menggunakan kalendar

    Menurut kajian terbaharu kaedah kalendar didapati menjangka hari subur dengan tepat dalam 1/3 kitaran.2

    Jika anda mempunyai kitaran biasa, anda boleh cuba menjangka ovulasi dengan merekodkan tempoh kitaran anda dengan cermat. Anda perlu merekodkan tempoh kitaran anda sekurang-kurangnya dua bulan sebelum dapat menentukan tempoh sebenar. Jika anda mempunyai kitaran biasa, anda boleh mengandaikan bahawa anda akan berovulasi di sekitar hari ke 12 dan 16 sebelum haid seterusnya bermula. Namun begitu, hari sebenar anda berovulasi boleh berubah beberapa hari antara kitaran, walaupun anda mempunyai kitaran haid yang biasa.

  • Merekod suhu badan asas

    Kajian telah menunjukkan bahawa anggaran hari subur (ke satu hari) melalui BBT (suhu badan asas) adalah kurang dari 70%1

    Kaedah ini menggunakan kenyataan bahawa suhu badan asas anda meningkat sebanyak 0.4-1.0°CSELEPAS ovulasi. Untuk menggunakan kaedah ini dengan tepat, anda perlu mengambil BBT anda setiap pagi sebelum meninggalkan katil, dan ini akan melibatkan beberapa kitaran haid sebelum anda boleh mendapat gambaran tentang tempoh kesuburan anda.

    Oleh kerana suhu meningkat selepas ovulasi, kaedah ini hanya boleh digunakan untuk menjangka ovulasi dalam kitaran haid pada masa hadapan. Ini bermakna anda perlu mempunyai kitaran haid yang sangat teratur bagi mengetahui dengan tepat bilakah anda akan mengovum pada kitaran haid seterusnya bagi memanfaatkan hari-hari subur anda sepenuhnya.

    Perlu juga diingat bahawa suhu badan anda boleh meningkat atas sebab lain (termasuk penyakit, alkohol, minuman panas, pergerakan dan tidur yang tidak lena) yang boleh mengelirukan.

  • Pemerhatian air liur

    Sesetengah orang berpendapat air liur anda berubah bergantung pada paras hormon estrogen dalam badan anda, dan terdapat beberapa kit yang boleh membantu anda mengesan perubahan ini. Kit selalunya terdiri daripada mikroskop kecil berpermukaan kaca - anda perlu letakkan sedikit air liur di atas permukaan kaca itu, tunggu sehingga ia kering dan kemudian lihat melalui mikroskop sekiranya terdapat corak seperti daun 'fern' yang terhasil dari kristal garam yang terdapat di dalam air liur ketika paras estrogen anda tinggi. Walau bagaimanapun, perubahan dalam air liur telah dibuktikan sebagai kaedah menjangka ovulasi yang tidak boleh dipercayaivi. Air liur juga boleh dipengaruhi oleh aktiviti merokok, mengambil alkohol dan makan.

  • Pemerhatian mukus serviks

    Semasa anda melalui kitaran haid, jenis dan jumlah mukus serviks - sejenis rembesan yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam serviks anda - berubah . Rembesan ini mungkin pekat atau melekit, putih atau keruh. Dengan memerhatikan perubahan-perubahan ini, anda boleh menjangka ovulasi anda supaya anda boleh melakukan hubungan seks pada hari-hari yang anda paling subur.

    Kelebihan utama kaedah ini ialah memberikan anda pemahaman yang lebih jelas tentang tubuh anda, membuatkan anda lebih peka akan perubahan yang berlaku pada tubuh anda sewaktu melalui kitaran haid. Namun, untuk mempelajari bagaimana membaca perubahan ini akan mengambil masa, dan mukus serviks anda juga boleh dipengaruhi faktor lain termasuk jangkitan kuman, hubungan seks dan sesetengah ubatan.

  • Nyeri Ovulasi - Mittelschmerz

    Mittelschmerz ialah kesakitan pada satu sisi abdomen, di bahagian bawah yang berlaku kepada wanita pada atau sekitar masa telur dikeluarkan dari ovari (ovulasi). Lebih kurang 1 dari 5 wanita mengalami kesakitan berkaitan dengan ovulasi. Rasa nyeri boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas ovulasi.

    Terdapat beberapa penjelasan tentang sebab berlakunya nyeri ovulasi ini. Sebelum ovulasi, pertumbuhan folikel boleh meregangkan permukaan ovari dan menyebabkan kesakitan. Ketika ovulasi, bendalir atau darah dibebaskan dari folikel telur yang pecah dan boleh menyebabkan kerengsaan pada lapisan abdomen.

    Mittelschmerz boleh dirasai pada satu sisi di satu bulan, kemudian bertukar ke sisi yang lain pada bulan seterusnya, atau boleh dirasai pada sisi yang sama untuk beberapa bulan berturut-turut.

    Simptom ovulasi termasuk rasa nyeri pada bawah abdomen yang:

    • Satu sisi
    • Biasanya dirasai beberapa minit hingga beberapa jam, berkemungkinan sepanjang 24-48 jam
    • Boleh melibatkan kesakitan yang tajam, mengejangkan dan mudah dikenali
    • Parah (jarang)

  • 1 Brezina PR., et al. Fertil & Steril (2011); 95(6): 1867-78
  • 2 Ellis JE., et al. Human Reproduction (2011) 26: i76