Ketahui fakta sebenar mengenai kesuburan anda

Terdapat banyak sumber maklumat tentang cara untuk hamil, tetapi lazimnya kita tidak mengetahui dengan pasti apa yang benar dan apa yang tidak. Sebahagian daripada 'fakta' yang kita anggap sebagai benar selalunya hanyalah mitos, dan kita mengetahui perkara yang benar kemudian.


(X) MITOS: Penghamilan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sesuatu bulan.

(✓) FAKTA: Untuk hamil, anda perlu melakukan hubungan seks pada hari-hari sebelum dan sekitar masa ovulasi.  Hari-hari yang anda paling subur ialah dua atau tiga hari sebelum ovulasi, termasuk hari ovulasi itu sendiri.  Sebaik sahaja telur gugur (biasanya dalam masa satu hari ovulasi) anda tidak boleh hamil sehingga kitaran haid anda yang seterusnya telah bermula.  Oleh itu kaedah-kaedah yang menyatakan bila ovulasi anda berlaku tidak membantu anda menjadi hamil!

(X) MITOS: Tempoh kitaran haid SELALUNYA selama 28 hari dan setiap wanita mengovum pada Hari ke-14.

(✓) FAKTA: Purata tempoh kitaran haid ialah 28 hari, tetapi setiap wanita adalah unik dan hampir 50% daripada kitaran wanita berbeza sebanyak 7 hari atau lebih1.. Disebabkan tempoh kitaran haid berbeza, begitu juga waktu ovulasi, jadi mungkin sukar untuk menentukan bilakah hari-hari subur ANDA.

(X) MITOS: Anda akan hamil dengan cepat jika menjejak suhu badan anda.

(✓) FAKTA: Menjejak suhu badan asas anda untuk membantu penghamilan tidak digalakkan, kerana suhu tubuh wanita akan naik SELEPAS dia mengovum dan waktu itu sudah terlalu lewat untuk mengoptimumkan peluang penghamilan bagi kitaran haid 2 itu.

(X) MITOS: Saya tidak pernah menggunakan kaedah perancang keluarga jenis hormon, jadi kami seharusnya hamil sebaik sahaja mula mencuba.

(✓)FAKTA: Walaupun hormon anda tidak terganggu oleh kontrasepsi jenis hormon anda tidak semestinya mempunyai kelebihan. Tubuh anda mungkin lebih mampu untuk mengawal diri tetapi ini tidak bermakna anda boleh hamil dengan lebih mudah. Kesuburan anda boleh dipengaruhi oleh banyak faktor selain daripada kontraseptif.

(X) MITOS: Saya mengandung anak pertama saya dengan mudah, jadi kehamilan berikutnya sudah tentu mudah

(✓)FAKTA: Perkara sebenar kurang diketahui. Anda lebih tua, anda pasti tidak mempunyai banyak masa untuk mengamalkan kehidupan seks yang spontan dan anda mungkin juga mempunyai pasangan yang lain- semua ini mempengaruhi peluang anda untuk hamil. Jika anda belum lagi berusia 35 tahun dan telah cuba untuk hamil selama setahun, berbincanglah dengan doktor anda (enam bulan jika anda melebihi 35).

(X) MITOS:Anda tidak boleh hamil ketika haid

(✓)FAKTA: Jika anda mempunyai kitaran haid yang sangat singkat, tetapi anda masih berdarah beberapa hari pada permulaan kitaran haid anda, anda berkemungkinan telah berada dalam permulaan tempoh subur anda sebelum pendarahan berhenti.

(X) MITOS: Jika tertekan saya tidak akan menjadi hamil dan menggunakan Ujian Ovulasi akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk

(✓) FAKTA: Walaupun tekanan tentunya tidak sihat, selagi ia tidak mengganggu haid atau kehidupan seks anda, ia tidak akan menghalang anda daripada hamil. Ada dikatakan bahawa menggunakan ujian ovulasi untuk mengatur hubungan seks pada hari-hari yang paling subur boleh mendatangkan tekanan, namun begitu satu kajian baru-baru ini oleh Prof. Ledger dan Clearblue mendapati bahawa menggunakan ujian ini tidak memberi lebih tekanan berbanding mencuba untuk hamil tanpa menggunakannya. Malah, dalam kajian ini lebih daripada 77% wanita dalam kumpulan yang menggunakan ujian3 tersebut, menjadi hamil.    
Harus juga diingat bahawa tentunya hubungan seks berasa mekanikal jika anda sudah lama berusaha untuk mendapatkan bayi. Ini dialami oleh banyak pasangan dan ia tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan anda. Kebanyakan pasangan sedar bahawa seks untuk mendapatkan bayi adalah berbeza.