Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna

Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna
Melebihi 99% Tepat*, setepat ujian air kencing oleh doktor.

Hujung yang mudah serap pada Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna akan menjadi merah jambu untuk membantu anda mengambil sampel dengan betul dan keputusan menunjukkan ya (+) atau tidak (-) yang jelas boleh diperoleh sepantas 2 minit.

Melebihi 99% Tepat

Melebihi 99% Tepat

Bermula dari hari dijangka haid

Boleh Diuji 4 Hari Lebih Awal

Boleh Diuji 4 Hari Lebih Awal

Sangat sensitif sehinggakan anda boleh menjalankan ujian seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid*.

Mudah untuk Digunakan

Mudah untuk Digunakan

Hujung Mudah Serap akan bertukar warna dari putih kepada merah jambu menunjukkan air kencing anda sedang diserap dan keputusan ya (+) atau tidak (-) yang jelas boleh dibaca selepas 2 minit.

 

Cara menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna

1. Sebelum anda mula

Pastikan risalah arahan dibaca dengan teliti setiap kali sebelum menjalankan ujian kehamilan.

Jika anda menjalankan ujian bermula dari hari dijangka haid, anda boleh melakukan ujian bila-bila waktu pada hari itu. Jika anda menjalankan ujian lebih awal, gunakan air kencing pertama pada hari itu.

Apabila anda bersedia untuk menguji, keluarkan jalur ujian kehamilan dari pembalut kerajang dan tanggalkan tudung birunya.

Gunakan jalur ujian kehamilan itu serta merta

Sebelum anda mula
 

2. Menjalankan ujian

Menjalankan ujian Pegang Hujung Bertukar Warna yang mudah serap itu menghala ke bawah sama ada dalam aliran air kencing anda, atau jika anda suka, dalam sampel air kencing terkumpul selama 5 saat sahaja.

Hujung Bertukar Warna akan segera menjadi merah jambu, menunjukkan air kencing telah diserap.  Teruskan memegang Hujung Bertukar Warna itu dalam air kencing selama 5 saat.

Anda boleh pasangkan kembali tudungnya dan meletakkan jalur ujian kehamilan itu secara mendatar.

Menjalankan ujianPENTING

Pastikan Hujung Bertukar Warna itu menghala ke bawah atau letakkan jalur ujian kehamilan secara mendatar sementara anda menunggu keputusan.

 

3. Tunggu

Sebaik saja ujian kehamilan menunjukkan hasil, anda akan melihat beberapa garisan biru mula terbentuk dalam Jendela Keputusan dan Jendela Kawalan. Pastikan yang anda menunggu terbentuknya garisan kawalan berwarna biru sebelum membaca keputusan.

Tunggu Satu garisan biru mesti kelihatan dalam Jendela Kawalan yang merupakan keputusan yang dibaca.  Ini menunjukkan ujian telah berhasil.

 

4. Baca keputusan anda

Anda boleh membaca keputusan anda dalam Jendela Keputusan selepas 2 minit.

 

Simbol '+' (campur) menunjukkan keputusan yang anda 'Hamil'

Simbol '-' (tolak) menunjukkan keputusan yang anda 'Tidak Hamil'

Baca keputusan anda

Tidak mendatangkan masalah jika satu daripada dua garisan yang membentuk simbol '+' itu kelihatan lebih cerah atau lebih gelap daripada yang satu lagi. Keputusannya tetap 'Hamil'.

Baca keputusan anda dalam masa 10 minit dan abaikan sebarang perubahan dalam keputusan yang mungkin berlaku selepas itu.

Jika pembentukan garisan biru mengambil masa lebih daripada 10 minit maka ujian itu tidak berhasil, anda perlu menjalankan ujian sekali lagi.

 

Soalan paling kerap ditanya

Berapa tepatkah Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna?

Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna adalah melebihi 99% tepat dalam ujian makmal, jika digunakan dari hari yang anda dijangka haid.

Bilakah waktunya untuk saya menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna?

Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari anda dijangka haid. Jika anda menguji sebelum hari anda dijangka haid dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', masih ada kemungkinan yang anda hamil. Lihat carta di bawah untuk keputusan yang diperoleh dari ujian klinikal Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna ke atas sampel kehamilan awal. Untuk mengetahui bila hari anda dijangka haid, kira tempoh kitaran biasa anda dengan mengira bilangan hari dari hari pertama haid hingga hari sebelum haid seterusnya bermula.

Clearblue menyarankan agar anda menguji bermula dari hari anda dijangka haid. Namun, hormon kehamilan meningkat dengan cepat ketika awal kehamilan dan Clearblue boleh digunakan untuk menguji seawal 4 hari sebelum hari anda dijangka haid. Dalam ujian klinikal ke atas sampel kehamilan awal Clearblue memberikan keputusan berikut:

Jumlah hari sebelum hari dijangka haid

 

-1

-2

-3

-4

% sampel dari wanita hamil yang memberikan keputusan 'Hamil'

87%

84%

74%

53%

  • Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, anda harus mengambil kira tempoh kitaran anda yang paling panjang dalam bulan-bulan terdekat sebelum menjalankan ujian.
  • Jika anda tidak tahu bilakah anda dijangka haid kami menyarankan anda membuat ujian tidak kurang dari 19 hari selepas anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
  • Jika anda menjalankan ujian bermula dari hari anda dijangka haid, anda boleh melakukan ujian bila-bila waktu pada hari itu. Jika anda membuat ujian lebih awal, gunakan air kencing pertama hari itu. Elakkan daripada minum terlalu banyak sebelum ujian.
  • Jika keputusannya 'Tidak Hamil', tetapi masih disyaki hamil, rujuk soalan 11.
 

Bagaimanakah Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna berfungsi?

Apabila anda hamil tubuh anda menghasilkan hormon kehamilan hCG (Gonadotrofin Korion manusia) Jumlah hCG dalam badan anda meningkat pada peringkat awal kehamilan. Clearblue boleh mengesan hormon ini dalam air kencing anda walaupun jumlahnya amat sedikit. (Sensitiviti Ujian Kehamilan ini ialah 25mIU/ml)

Keputusan ujian terawal saya ialah 'Hamil', kemudian saya menguji lagi dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', atau saya datang haid. Apakah maksudnya?

Walaupun ujian ini melebihi 99% tepat dalam mengesan hormon kehamilan dari hari dijangka haid, masih ada kemungkinan untuk mendapat keputusan hamil dan kemudian anda dapati anda tidak hamil (iaitu, anda mungkin akan mendapat keputusan tidak hamil kemudian, atau anda datang haid) Perkara ini mungkin disebabkan keguguran secara semula jadi semasa peringkat awal kehamilan, yang dikenal sebagai 'keguguran awal kehamilan', yang malang sekali biasa berlaku, kerana lebih kurang 1 dalam 4 kehamilan berakhir dengan keguguran awal kehamilan. Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka, dapatkan nasihat doktor.

Saya telah menggunakan Ujian Kehamilan tetapi Hujung Bertukar Warna itu tidak menjadi merah jambu sepenuhnya. Apa yang perlu saya buat?

Jika Hujung Bertukar Warna tidak menjadi merah jambu sepenuhnya anda mungkin telah menggunakan air kencing yang tidak mencukupi. Namun, jika garis biru dalam Jendela Kawalan muncul dalam masa 10 minit ujian itu, hal ini bermaksud ujian anda telah berhasil. Jika tiada garis biru yang muncul dalam Jendela Kawalan dalam masa 10 minit ujian itu, sila rujuk kepada soalan 7.

Saya telah menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna tapi tiada garisan biru yang terbentuk dalam Jendela Kawalan. Apa yang perlu saya buat?

Jika garisan biru tidak terbentuk dalam Jendela Kawalan dalam masa 10 minit setelah ujian dijalankan, maka ujian itu tidak berhasil. Hal ini mungkin disebabkan:

  • Hujung Bertukar Warna tidak dipegang menghala kebawah atau jalur ujian kehamilan tidak diletakkan secara mendatar selepas dilalukan air kencing.
  • Terlalu banyak atau terlalu sedikit air kencing digunakan. Anda mesti mengenakan sampel selama 5 saat. Anda harus menguji semula, menggunakan ujian kehamilan yang baharu, dan pastikan arahan diikuti dengan teliti. Anda mungkin mahu menadah sampel air kencing dalam bekas yang kering dan bersih dan rendamkan bahagian Hujung Bertukar Warna itu selama 5 saat sahaja.
 

Bagaimana jika saya ragu-ragu dengan keputusan yang diperoleh?

Keputusan anda akan memaparkan 'Hamil' jika ada satu garisan biru dalam Jendela Kawalan dan simbol '+' dalam Jendela Keputusan dalam masa 10 minit menjalankan ujian. Kehadiran simbol '+' dalam Jendela Keputusan mungkin berbeza-beza, namun begitu, garisan-garisan yang membentuk simbol '+' dan garisan dalam Jendela Kawalan mestilah sama lebar (lihat gambar A-C).

Keputusan menunjukkan hamil Keputusan ini akan diperoleh jika anda hamil dan anda menguji lebih daripada beberapa hari selepas hari anda dijangka haid disebabkan paras hCG yang tinggi

 

Keputusan menunjukkan hamil Keputusan ini bukanlah luar biasa jika anda hamil dan anda menguji pada atau sekitar hari anda dijangka haid disebabkan paras hCG masih rendah.

 

Keputusan ujian kehamilan Keputusan ini masih keputusan 'Hamil'. Jika anda ragu-ragu dengan keputusan itu, anda haruslah menunggu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum menguji sekali lagi, dan pastikan arahan diikuti dengan rapi.

 

Keputusan anda akan memaparkan 'Tidak Hamil' jika ada satu garisan biru dalam Jendela Kawalan dan simbol '-' dalam Jendela Keputusan dalam masa 10 minit menjalankan ujian. Jika keputusan anda adalah 'Tidak Hamil' dan kehamilan masih dijangka, rujuk soalan 11.

Berapa lamakah keputusan terpapar?

Keputusan boleh dibaca pada bila-bila masa untuk selama 10 minit. Selepas 10 minit sebarang perubahan dalam keputusan anda haruslah diabaikan.

Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna mengatakan yang saya hamil. Apa yang perlu saya buat?

Jika ujian mengatakan anda hamil, anda harus berjumpa doktor dan dia akan memberi nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

Ujian Kehamilan Clearblue PLUS dengan Hujung Bertukar Warna mengatakan yang saya tidak hamil. Apa yang perlu saya buat?

Anda mungkin tidak hamil, atau paras hormon kehamilan anda masih belum cukup tinggi untuk dikesan, atau anda telah tersilap kira hari anda dijangka haid

  • Jika anda membuat ujian lebih awal, uji semula pada hari dijangka haid.
  • Jika haid anda terlewat, uji semula dalam masa 3 hari. Jika ujian ini memberikan anda keputusan 'Tidak Hamil' dan anda masih belum datang haid, berjumpalah dengan doktor.
 
your-result-as-fast-as-1-minute

Keputusan anda secepat 1 minit

Cuba ujian kehamilan Pengesanan Pantas kami untuk keputusan sepantas 1 minit dari hari anda terlepas haid anda.