Keputusan Ujian
Kehamilan Sangat Awal

Keputusan Ujian Kehamilan Sangat Awal
6 hari awal2

Apabila anda ingin mengetahui jika anda mengandung, penantian untuk membuat ujian mungkin menyukarkan. Itulah sebabnya Ujian Kehamilan Sangat Awal Clearblue  boleh digunakan sehingga 6 hari sebelum anda terlepas haid, iaitu 5 hari sebelum hari anda menjangkakan haid anda bermula (haid jangkaan anda).1

Faedah-faedah utama

Boleh diuji 6 hari lebih awal

Boleh diuji 6 hari lebih awal

Sangat Awal Clearblue  ialah ujian kami yang paling sensitif yang bermaksud anda boleh menguji sehingga 6 hari sebelum anda terlepas haid (iaitu 5 hari sebelum haid anda yang dijangkakan).
Baca lebih lanjut mengenai ujian kehamilan awal

Lebih 99% Tepat

Lebih 99% Tepat

Bermula dari hari anda dijangka haid.

Mudah digunakan

Mudah digunakan

Clearblue® menampilkan reka bentuk ergonomik, termasuk hujung yang lebih panjang, melengkung, dan bertukar warna yang luas.
Teknologi FloodguardTM kami yang unik, yang membantu pengurangan punca ralat pengguna No.1 yang dilaporkan2 dan memudahkan ujian.

Keputusan yang mudah dibaca

Keputusan yang mudah dibaca

Susun atur keputusan yang jelas dan mudah; 2 garisan jika anda hamil, 1 garisan jika anda tidak hamil.

Apa pendapat orang lain?

Cara menggunakan Uiian Kehamilan Sangat Awal Clearblue®

1. Masa untuk melakukan ujian

 

  • Uji sehingga 6 hari sebelum haid anda lewat, iaitu 5 hari sebelum haid anda dijangka bermula.
  • Jika anda melakukan ujian sebelum haid anda dijangka bermula, gunakan air kencing pertama pada hari tersebut. Jika sebaliknya, anda boleh melakukan ujian pada bila-bila masa. 
  • Jangan minum terlalu banyak cecair sebelum melakukan ujian.

2. Buat ujian

Buka pembalut kerajang dan tanggalkan penutup. Gunakan jalur ujian dengan serta-merta.

Cara membuat ujian kehamilan

PILIH KAEDAH UJIAN ANDA

PENTING: Hujung bertukar warna akan bertukar menjadi warna merah jambu dengan serta-merta untuk menunjukkan bahawa air kencing sedang diserap.

A) Pegang hujung bertukar warna dalam aliran air kencing anda selama 5 saat. 

ATAU

B) Rendamkan keseluruhan bahagian hujung sahaja dalam sampel air kencing yang dikumpulkan di dalam bekas bersih yang kering selama 20 saat. 

  • Pasangkan semula penutup dan letakkan jalur ujian secara mendatar. 
  • Mulakan pengiraan masa. 

TUNGGU 3 MINIT sebelum membaca keputusan anda.

3. Baca keputusan anda

Garisan dalam tetingkap kawalan mungkin muncul dengan pantas, namun anda MESTI menunggu selama 3 minit sebelum membaca keputusan anda.

PENTING! Baca keputusan anda dalam masa 10 minit selepas melakukan ujian. Abaikan apa-apa perubahan yang berlaku kepada keputusan anda selepas masa tersebut.

Video


Dr Joanna Pike

Versi Bahasa Inggeris disemak oleh Dr Joanna Pike pada Jun 18, 2020

Soalan paling kerap ditanya

Bagaimana Sangat Awal Clearblue® berfungsi?

Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan hormon kehamilan iaitu hCG (Gonadotrofin Korion manusia). Ujian ini dapat mengesan jumlah kecil hCG dalam air kencing anda (kepekaan ujian ini ialah 10mIU/ml).

Bilakah boleh saya mengambil ujian dengan Sangat Awal Clearblue®?

Anda boleh menguji sehingga 6 hari sebelum haid anda lewat, iaitu 5 hari sebelum haid anda dijangka bermula.  Jika anda melakukan ujian sebelum haid anda dijangka bermula dan memperoleh keputusan ‘Tidak Hamil’, masih terdapat kemungkinan bahawa anda hamil. Lihat carta di bawah untuk mengetahui keputusan ujian makmal dengan sampel kehamilan awal.

 

Bilangan hari sebelum haid dijangka bermula

1

2

3

4

5

% sampel daripada wanita hamil yang memberikan keputusan hamil

>99%

>99%

>99%

>96%

>79%

 

 

Ujian saya menyatakan bahawa saya ‘Hamil’. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu berjumpa dengan doktor anda yang dapat memberikan nasihat tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

Ujian menyatakan saya ‘Tidak Hamil’ tetapi saya masih rasa saya mungkin hamil. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda mungkin tidak hamil, paras hCG mungkin masih tidak cukup tinggi untuk dikesan atau anda mungkin telah tersalah kira hari haid dijangka bermula. Jika anda melakukan ujian terlalu awal, uji semula apabila haid anda dijangka bermula. Jika haid anda lewat, uji semula dalam masa 3 hari.  Jika ujian ini memberi anda keputusan ‘Tidak Hamil’ dan haid anda masih belum bermula, berjumpa dengan doktor anda.

Saya memperoleh keputusan ‘Hamil’ sebelum ini tetapi apabila saya melakukan semula ujian, saya memperoleh keputusan ‘Tidak Hamil’, atau haid saya telah bermula. Apakah maknanya?

Walaupun ujian ini lebih 99% tepat untuk mengesan hormon kehamilan dari hari dijangka haid, terdapat kemungkinan anda akan memperoleh keputusan hamil dan kemudiannya mendapat tahu bahawa anda tidak hamil (iaitu, anda kemudiannya mungkin memperoleh keputusan tidak hamil atau haid anda bermula). Ini mungkin berlaku kerana keguguran semula jadi ketika peringkat awal kehamilan, dikenali sebagai ‘keguguran pada awal kehamilan’, yang malangnya bukanlah sesuatu yang luar biasa, kerana kira-kira 1 daripada 4 kehamilan berakhir dengan keguguran pada awal kehamilan. Jika anda memperoleh keputusan yang tidak dijangka, berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat.

Bolehkah ubat atau masalah kesihatan tertentu mempengaruhi keputusan?

Pastikan anda membaca arahan pengilang bagi apa-apa ubat yang anda ambil sebelum melakukan ujian. Ubat kesuburan yang mengandungi HCG boleh menjejaskan keputusan. Kehamilan ektopik dan kehamilan baru-baru ini mungkin mengakibatkan keputusan yang mengelirukan walaupun tidak mencapai 9 bulan. Jika anda telah putus haid atau menghampiri putus haid, anda mungkin memperoleh keputusan hamil yang palsu walaupun anda tidak hamil. Ujian ini tidak boleh terjejas oleh terapi kesuburan lain, ubat penahan sakit, alkohol, antibiotik, atau pil pencegah kehamilan. Jika anda memperoleh keputusan yang tidak dijangka, berbincang dengan doktor anda.

Apabila saya melakukan ujian, hujung bertukar warna tidak bertukar sepenuhnya kepada merah jambu. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda mungkin tidak menggunakan air kencing yang mencukupi; walau bagaimanapun, jika garisan biru di dalam tetingkap kawalan muncul dalam masa 10 minit selepas anda melakukan ujian, ini bermakna ujian tersebut telah berfungsi.

Saya telah melakukan ujian, tetapi garisan biru tidak muncul pada tetingkap kawalan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika lebih dari 10 minit telah berlalu sejak anda melakukan ujian, ini bermakna ujian tersebut tidak berfungsi. Ini mungkin disebabkan:

  • Hujung bertukar warna tidak dihalakan ke bawah atau jalur ujian tidak diletakkan secara mendatar, selepas air kencing digunakan.
  • Terlalu banyak atau terlalu sedikit air kencing digunakan. 

Uji semula menggunakan jalur ujian baharu dan patuhi arahan dengan teliti. Anda mungkin ingin mengumpul sampel air kencing dan membuat ujian menggunakan kaedah ‘Sampel yang Dikumpulkan’. 

 

Bagaimanakah jika saya tidak pasti tentang keputusan saya?

Rujuk imej A-D: 

 

 

Gambar A: Keputusan anda ialah ‘Tidak Hamil’. Jika anda masih berpendapat yang anda mungkin hamil, lihat soalan yang berkaitan di atas.

Gambar-gambar B-D:  Keputusan anda ialah ‘Hamil’. Rupa garisan dalam tetingkap keputusan mungkin berbeza-beza, keputusan ujian tetap ‘Hamil’ tidak kira sama ada garisan pudar atau gelap.

  Gambar B: Ini lebih cenderung berlaku apabila anda membuat ujian sebelum haid anda dijangka bermula, apabila paras hCG anda mungkin agak rendah. 

  Gambar C: Ini biasanya berlaku apabila anda membuat ujian pada atau sekitar hari haid anda dijangka bermula. 

  Gambar D: Ini lebih cenderung berlaku apabila anda membuat ujian lebih daripada beberapa hari selepas haid anda dijangka bermula, kerana paras hCG adalah lebih tinggi.

 

Jika anda masih tidak pasti tentang keputusan anda, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mengambil ujian semula dan patuhi arahan dengan teliti.

  • 1. 79% keputusan hamil boleh dikesan 6 hari sebelum anda terlepas haid.
  • 2. Data pada fail.