Apa yang perlu dilakukan jika anda mahu cepat hamil

Terdapat hanya beberapa hari dalam suatu kitaran untuk anda hamil setelah mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan - hal ini dikenali sebagai tempoh subur. Tempoh subur ini sangat tersendiri dan adalah normal jika hari-hari subur ini berbeza dari bulan ke bulan. Kunci untuk memaksimumkan kebarangkalian untuk hamil bagi sesuatu kitaran haid ialah kebolehan anda untuk mengenal pasti secara tepat hari-hari subur anda sendiri, supaya anda tahu hari terbaik untuk mencuba mendapatkan bayi.

Memaksimumkan kebarangkalian untuk hamil secara semula jadi dengan kaedah rumah yang paling canggih

Anda mempunyai kelebihan besar berbanding mereka yang mencuba untuk hamil 20 tahun dahulu. Dengan teknologi kini anda boleh mengukur tahap hormon anda di rumah dengan mudah dan tepat setiap hari. Hal ini bermakna anda boleh meramalkan lebih dahulu hari-hari terbaik untuk hamil, supaya anda boleh merancang dan mengadakan hubungan seks pada masa yang sesuai - anda tentu memaksimumkan kebarangkalian untuk hamil secara semula jadi.