Kitaran haid dan ovulasi

Kitaran haid dan ovulasi

Kitaran haid anda

Tentu banyak yang anda tahu mengenai kitaran haid anda - contohnya, kekerapan haid itu dan berapa lebat pendarahan yang berlaku. Pada halaman ini kita akan melihat dengan lebih dekat lagi tentang kitaran haid wanita, ovulasi dan haid. Memanglah tapak web tidak boleh menggantikan perbincangan dengan pakar penjagaan kesihatan, tetapi halaman ini memberikan anda kefahaman am yang baik tentang topik ini.

Memahami kitaran haid anda

Tempoh kitaran haid wanita berbeza-beza, dan tempoh kitaran yang paling biasa ialah antara 23 ke 35 hari. Sebarang perbezaan tempoh kitaran haid yang berlaku selalunya terjadi pada bahagian kitaran sebelum anda mengovum (yang dikenal sebagai fasa folikel). Bagi kebanyakan wanita, tempoh masa antara ovulasi (apabila sebiji telur dibebaskan dari ovari) dan kedatangan haid bulanan adalah antara 12 ke 16 hari (keadaan ini dikenal sebagai fasa luteum).

Kitaran haid

Haid anda

Hari pertama kitaran haid anda ialah hari pertama haid anda (Hari 1) Selalunya haid berlaku selama 3 hingga 7 hari. Anda mungkin dapati bahawa jika berlakunya senggugut, ia paling teruk ketika beberapa hari pertama haid anda. Hal ini berlaku kerana hormon dalam tubuh anda menyebabkan rahim anda meruntuhkan lapisan yang dibentuk ketika kitaran haid yang terdahulu.

Persediaan untuk ovulasi

Pada permulaan kitaran anda hormon merangsang folikel (FSH) dihasilkan oleh kalenjar pituitari dalam otak anda. Hormon ini merupakan hormon utama yang terlibat dalam merangsang ovari anda untuk menghasilkan telur yang matang. Folikel ialah rongga yang berisi cecair dalam ovari anda. Setiap folikel mengandungi satu telur yang belum matang. FSH merangsang beberapa folikel untuk membesar dan mula menghasilkan hormon estrogen. Paras hormon estrogen anda berada pada paras terendah pada hari pertama haid anda. Dari paras terendah itu, ia akan meningkat seiring dengan pembesaran folikel.

Kini walaupun beberapa folikel pada mulanya akan membesar, selalunya satu folikel akan menjadi 'dominan' dan telur ini akan matang dalam folikel yang semakin membesar itu. Pada masa yang sama, jumlah estrogen yang semakin meningkat dalam tubuh anda akan memastikan yang lapisan rahim anda akan menebal dengan nutrien dan darah. Hal ini berlaku supaya jika anda hamil, telur yang telah disenyawakan itu akan mendapat semua nutrien dan sokongan yang ia perlukan untuk membesar. Paras estrogen yang tinggi juga dikaitkan dengan kehadiran mukus yang 'mesra-sperma' (atau, untuk memberinya nama teknikal, mukus servikal yang subur). Anda mungkin perasan mukus ini sebagai rembesan nipis dan licin yang berwarna putih keruh. Sperma boleh berenang dengan mudah melalui mukus ini dan boleh hidup di dalamnya selama beberapa hari.

Päivä 5

Tubuh anda menghasilkan hormon yang mengawal kitaran haid anda. Pada permulaan kitaran anda hormon yang penting ialah hormon perangsang folikel [FSH]. Peningkatan FSH merangsang folikel dalam ovari anda [kaviti yang dipenuhi cecair yang setiap satu mengandungi telur belum berkembang] untuk berkembang dan mula menghasilkan hormon lain dipanggil estrogen.

Memahami kitaran ovulasi

Ovulasi

Paras estrogen dalam tubuh anda masih lagi meningkat dan akhirnya ia akan menyebabkan kenaikan pantas hormon peluteinan ('lonjakan LH') Lonjakan LH ini menyebabkan folikel dominan pecah dan mebebaskan telur matang dari ovari, yang dari situ ia akan memasuki tiub Falopio. Proses ini dikenal sebagai ovulasi.

Banyak wanita menyangka yang mereka mengovum pada hari ke-14, tetapi 14 merupakan satu purata, dan kebanyakan wanita sebenarnya akan mengovum pada hari berlainan dalam kitaran haid itu. Hari ovulasi anda akan berbeza-beza dari satu kitaran kepada kitaran yang lain.. Sesetengah wanita mendakwa yang mereka berasa sakit yang menusuk apabila mereka mengovum, tetapi banyak yang tidak berasa apa-apa pun dan tiada tanda lain yang anda sedang mengovum.

Päivä 17

Paras estrogen dalam badan anda masih meningkat dan pada paras tertentu ia menyebabkan peningkatan pada LH ['lonjakan' LH]. Lonjakan LH mencetuskan ovulasi, iaitu telur dibebaskan dari ovari. Walaupun ramai wanita fikir mereka mengovum pada hari ke-14, hari sebenar ovulasi berbeza mengikut tempoh kitaran anda. Sesetengah wanita merasakan sedikit kesakitan apabila mengovum.

Selepas ovulasi

Sebaik sahaja telur (atau ovum) dibebaskan, ia bergerak di sepanjang tiub Falopio menuju ke rahim anda. Telur itu boleh hidup sehingga 24 jam. Berapa lama sperma kekal hidup agak berubah-ubah, tetapi selalunya 3-5 hari, maka hari-hari yang paling hampir dengan ovulasi dan hari ovulasi merupakan masa yang anda paling subur - waktu yang anda berkemungkinan besar boleh hamil. Sebaik sahaja anda mengovum, folikel mula menghasilkan hormon lain: progesteron.

Progesteron menyebabkan pertambahan penebalan lapisan rahim anda sebagai persediaan untuk menyambut telur yang telah disenyawakan. Sementara itu, folikel yang telah kosong dalam ovari itu mula mengecut, tapi masih meneruskan penghasilan progesteron, dan juga mula menghasilkan estrogen. Pada peringkat ini, anda mungkin mengalami simptom tekanan prahaid (PMS) seperti payudara yang sakit jikalau tersentuh, kembung, kelesuan, kemurungan dan cepat marah.

Päivä 18

Apabila telur dibebaskan, ia bergerak melalui tiub Falopio menuju rahim anda. Telur hidup selama 12-24 jam, tetapi oleh kerana sperma boleh hidup beberapa hari, anda pada hari paling subur dan kemungkinan besar akan hamil jika anda melakukan seks tanpa kontrasepsi pada hari ovulasi atau hari sebelumnya. Sebaik sahaja anda berovulasi folikel yang runtuh mula menghasilkan hormon lain dipanggil progesteron.

Persediaan untuk haid yang seterusnya…

Sedang folikel kosong itu mengecut, jika telur itu tidak disenyawakan, tahap estrogen dan progesteron akan menurun. Tanpa paras hormon yang tinggi untuk membantu mengekalkan lapisan rahim yang telah menebal itu, ia akan mula runtuh, dan tubuh anda akan menyingkirkan lapisan itu. Kejadian ini merupakan permulaan haid anda dan permulaan kepada kitaran haid anda yang seterusnya.

Päivä 30

Apabila folikel yang kosong mengecut, jika telur yang tersenyawa tidak tertanam ke dalam rahim, kadar progesteron anda berkurang. Rahim tidak lagi perlu mengekalkan persekitaran untuk menyokong janin, jadi badan anda perlu bersedia semula untuk kitaran seterusnya. Sebarang simptom PMT (Tekanan Prahaid) yang ada akan mula berkurang. Tanpa hormon pada kadar yang tinggi untuk mengekalkannya, lapisan tebal rahim yang telah terbina mula tersisih dan tubuh anda akan melucutkannya. Ini ialah permulaan haid anda dan permulaan kitaran anda yang seterusnya.

Päivä 30

Jika telur disenyawakan dan ditanam ke dalam rahim, folikel yang kosong dikekalkan oleh peningkatan paras hormon kehamilan (Gonadotrofin Korion manusia) Ia terus menghasilkan estrogen dan progesteron dengan lebih lama hingga plasenta cukup matang untuk menyokong perkembangan embrio.

Jika telur itu telah disenyawakan, ia mungkin akan membenamkan dirinya ke dalam lapisan rahim itu. Perkara ini selalunya berlaku kira-kira satu minggu selepas persenyawaan.

Sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan itu terbenam, tubuh anda akan mula menghasilkan hormon kehamilan, Gonadotrofin Korion manusia (hCG), yang akan memastikan folikel yang kosong itu kekal aktif. Folikel akan terus menghasilkan hormon estrogen dan progesteron untuk menghalang lapisan rahim daripada runtuh, sehingga plasenta (yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh embrio) menjadi cukup matang untuk mengekalkan kehamilan.