Ujian Kehamilan Clearblue PLUS

Ujian Kehamilan Clearblue PLUS
Keputusan sepantas 1 minit

Ujian Kehamilan Clearblue Plus telah direka untuk menawarkan anda pengalaman pengujian kehamilan paling mudah, dengan ketepatan yang boleh dijangka daripada Clearblue – dan keputusan sepantas 1 minit*. Reka bentuk yang inovatif ini terhasil selepas penyelidikan meluas dengan wanita dan juga telah memenangi anugerah Red Dot Design pada 2012.

Over 99% Accurate

Tepat Melebihi 99%

Bermula dari hari anda dijangka haid.

Ergonomic Shape

Bentuk Ergonomik

Mudah dikendalikan dan lebih bersih kerana pemegang melengkung yang lebih panjang.

50% Wider Tip

Hujung Lebih Lebar 50%

Hujung Bertukar Warna yang lebih lebar menjadikan pengambilan sampel lebih mudah dan bertukar warna daripada putih kepada merah jambu untuk memberitahu bahawa anda telah mengambil sampel dengan betul.

Boleh diuji 4 Hari Lebih Awal

Begitu sensitif hingga anda boleh membuat ujian sehingga seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid **

Clear Plus (+) or Minus (-) Results

Keputusan Ya (+) atau Tidak (-) Jelas

Keputusan ya (+) atau tidak (-) yang mudah dibaca, dengan keputusan sepantas 1 minit*

 

 

Jika anda menguji lebih awal dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil' berkemungkinan ia disebabkan paras hormon kehamilan belum cukup tinggi lagi untuk dikesan. Anda harus menjalankan ujian sekali lagi pada hari dijangka haid.

Apa pendapat orang lain?

Cara untuk menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS

1. Sebelum anda mula

Pastikan risalah arahan dibaca dengan teliti setiap kali sebelum menjalankan ujian kehamilan.

Jika anda menjalankan ujian bermula dari hari dijangka haid, anda boleh melakukan ujian dengan air kencing pada bila-bila waktu pada hari itu. Jika anda menjalankan ujian lebih awal, gunakan air kencing pertama pada hari itu.

Apabila bersedia untuk menguji, keluarkan jalur ujian kehamilan daripada pembalut kerajang dan tanggalkan tudung birunya. Gunakan jalur ujian kehamilan itu serta-merta.

Before you begin
 

2. Menjalankan ujian

Doing the testHanya pegang Hujung Bertukar Warna yang mudah serap menghala ke bawah dalam aliran air kencing atau di dalam sampel air kencing anda, di dalam bekas bersih yang kering, hanya selama 5 saat.

Hujung Bertukar Warna akan segera bertukar menjadi merah jambu, menunjukkan air kencing sedang diserap. Teruskan memegang Hujung Bertukar Warna itu dalam air kencing selama 5 saat

PENTING

Testing tip upward / downwardPastikan Hujung Bertukar Warna itu menghala ke bawah atau letakkan jalur ujian kehamilan secara mendatar sementara anda menunggu keputusan.

 

3. Tunggu selama 3 minit

Wait for 3 minutesTunggu selama 3 minit. Sebaik sahaja ujian kehamilan menunjukkan hasil, anda akan melihat beberapa garisan biru mula terbentuk.

 

4. Baca keputusan anda

Anda boleh membaca keputusan anda dalam Jendela Keputusan selepas 3 minit

 
Read your results
 

Satu garis biru mesti kelihatan dalam Jendela Kawalan yang merupakan keputusan yang dibaca. Garis ini menunjukkan ujian telah berhasil.

Jika tiada garis biru muncul pada Jendela Kawalan dalam masa 10 minit, ujian tidak berhasil

Tidak mendatangkan masalah jika satu daripada garis yang membentuk simbol '+' itu kelihatan lebih cerah atau lebih gelap daripada yang satu lagi; keputusan adalah 'Hamil'.

Baca keputusan anda dalam masa 10 minit selepas menjalankan ujian. Abaikan sebarang perubahan keputusan selepas masa ini.

 

Soalan paling kerap ditanya

Berapa tepatkah Ujian Kehamilan Clearblue Plus?

Ujian Kehamilan Clearblue Plus tepat melebihi 99% menurut ujian makmal, apabila digunakan dari hari yang anda dijangka haid.

Bilakah waktunya saya boleh menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue Plus?

Hormon kehamilan meningkat dengan cepat ketika awal kehamilan dan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS boleh digunakan untuk menguji seawal 5 hari sebelum haid anda terlewat (iaitu 4 hari sebelum hari dijangka haid). Dalam ujian makmal dengan sampel kehamilan awal Clearblue memberikan keputusan berikut:

Bilangan hari sebelum hari dijangka haid

-1

-2

-3

-4

% sampel wanita hamil

yang memberi keputusan 'Hamil'

98 %

97 %

88 %

56 %

 

Untuk mengetahui bila hari anda dijangka haid, kira tempoh kitaran biasa anda dengan mengira bilangan hari dari hari pertama haid hingga hari sebelum haid seterusnya bermula.

  • Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, anda harus mengambil kira tempoh kitaran anda yang paling panjang dalam bulan-bulan terdekat sebelum menjalankan ujian.
  • Jika anda tidak tahu bilakah anda dijangka haid kami menyarankan anda membuat ujian tidak kurang dari 19 hari selepas anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
  • Jika anda menjalankan ujian bermula dari hari anda dijangka haid, anda boleh melakukan ujian pada bila-bila waktu pada hari itu. Jika anda membuat ujian lebih awal, gunakan air kencing pertama bagi hari itu. Elakkan daripada meminum terlalu banyak sebelum ujian.
  • Jika keputusan adalah 'Tidak Hamil' dan kehamilan masih dijangka, rujuk soalan 9.
 

Bagaimana Ujian Kehamilan Clearblue PLUS berfungsi?

Apabila anda hamil, tubuh anda menghasilkan hormon kehamilan hCG (Gonadotrofin Korion manusia). Jumlah hCG dalam badan anda meningkat pada peringkat awal kehamilan. Clearblue Plus boleh mengesan hormon ini dalam air kencing anda walaupun jumlahnya amat sedikit. (Sensitiviti ujian ini ialah 25mIU/ml).

Bolehkah ubat atau masalah kesihatan tertentu mempengaruhi keputusan?

  • Pastikan anda membaca arahan pengilang untuk sebarang ubat yang anda ambil sebelum menjalankan ujian.
  • Ubat kesuburan yang mengandungi hCG boleh memberikan keputusan yang mengelirukan (ubat kesuburan ini selalunya diberikan melalui suntikan dan jika menjalankan ujian terlalu cepat selepas penyuntikan boleh memberikan keputusan 'Hamil' yang salah).
  • Terapi kesuburan lain (seperti klomifen sitrat), ubat penghilang kesakitan dan kontraseptif hormon (iaitu pil kontrasepsi) tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan.
  • Jika baru-baru ini anda telah berhenti menggunakan kontraseptif jenis hormon atau sedang menggunakan terapi kesuburan seperti klomifen sitrat, haid anda mungkin menjadi tidak teratur, menyebabkan anda menguji terlalu awal.
  • Jika anda hamil baru-baru ini (walaupun tidak cukup bulan) anda boleh mendapat keputusan 'Hamil' yang palsu.
  • Kehamilan luar rahim, sista ovari, menopaus dan sesetengah masalah kesihatan yang amat jarang berlaku boleh memberikan keputusan yang mengelirukan.

 

Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka anda haruslah membincangkannya dengan doktor.

 

Sebelum ini saya telah menjalankan ujian dan keputusannya 'Hamil' tetapi saya menguji sekali lagi dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', atau haid saya telah bermula. Apakah maksudnya?

Walaupun Ujian Kehamilan Clearblue Plus adalah tepat melebihi 99% dalam mengesan hormon kehamilan dari hari anda dijangka haid, terdapat kemungkinan anda mendapat keputusan hamil dan pada kemudian waktu mengetahui bahawa anda tidak hamil (iaitu, anda mungkin mendapat keputusan tidak hamil kemudian atau haid anda mungkin bermula). Perkara ini mungkin disebabkan keguguran secara semula jadi semasa peringkat awal kehamilan, yang dikenal sebagai 'keguguran awal kehamilan', yang malang sekali biasa berlaku, kerana lebih kurang 1 dalam 4 kehamilan berakhir dengan keguguran awal kehamilan. Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka, dapatkan nasihat doktor.

Saya telah menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS tetapi Hujung Bertukar Warna tidak bertukar menjadi merah jambu sepenuhnya. Apa yang perlu saya buat?

Jika Hujung Bertukar Warna tidak menjadi merah jambu sepenuhnya anda mungkin telah menggunakan air kencing yang tidak mencukupi. Namun, jika garis biru dalam Jendela Kawalan muncul dalam masa 10 minit ujian itu, hal ini bermaksud ujian anda telah berhasil. Jika tiada garis biru yang muncul dalam Jendela Kawalan dalam masa 10 minit ujian itu, sila rujuk kepada soalan 7.

Saya telah menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue PLUS tetapi tiada garis biru yang terbentuk dalam Jendela Kawalan. Apa yang perlu saya buat?

Jika garis biru tidak terbentuk dalam Jendela Kawalan dalam masa 10 minit setelah ujian dijalankan, maka ujian itu tidak berhasil. Hal ini mungkin disebabkan:

  • Hujung Bertukar Warna tidak dipegang menghala ke bawah atau jalur ujian kehamilan tidak diletakkan secara mendatar selepas dilalukan air kencing.
  • Terlalu banyak atau terlalu sedikit air kencing digunakan. Anda mesti mengenakan sampel selama 5 saat. Anda harus menguji semula, menggunakan jalur ujian kehamilan yang baharu, dan pastikan arahan diikuti dengan teliti. Anda mungkin mahu menadah sampel air kencing dalam bekas yang kering dan bersih dan hanya rendamkan bahagian Hujung Bertukar Warna selama 5 saat. 
 

Bagaimana jika saya ragu-ragu dengan keputusan yang diperoleh?

Pregnant resultGambar A Ini menandakan keputusan 'Hamil'. Keputusan ini akan diperoleh jika anda menguji sebelum hari anda dijangka haid ketika paras hCG anda mungkin masih rendah.

Pregnancy result

Gambar B Keputusan ini bukanlah luar biasa jika anda hamil dan anda menguji pada atau sekitar hari anda dijangka haid disebabkan paras hCG mungkin masih rendah.

 

Pregnancy test result

Gambar C Keputusan ini akan diperoleh jika anda hamil dan anda menguji lebih daripada beberapa hari selepas hari anda dijangka haid disebabkan paras hCG yang tinggi. Jika anda ragu-ragu dengan keputusan itu, anda haruslah menunggu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum menguji sekali lagi, dan pastikan arahan diikut dengan rapi.

 
  • Keputusan anda akan memaparkan 'Hamil' jika ada satu garis biru dalam Jendela Kawalan dan simbol '+' dalam Jendela Keputusan dalam masa 10 minit menjalankan ujian. Kehadiran simbol '+' dalam Jendela Keputusan mungkin berbeza-beza, namun begitu, garis-garis yang membentuk simbol '+' dan garis dalam Jendela Kawalan mestilah sama lebar (lihat gambar A-C).
  • Keputusan anda akan memaparkan 'Tidak Hamil' jika ada satu garis biru dalam Jendela Kawalan dan simbol '-' (tidak) dalam Jendela Keputusan dalam masa 10 minit menjalankan ujian. Jika keputusan anda adalah 'Tidak Hamil' dan kehamilan masih dijangka, rujuk soalan 9. 
 

Keputusan ujian menyatakan saya tidak hamil. Apa yang perlu saya buat?

Anda mungkin tidak hamil atau paras hormon kehamilan mungkin belum cukup tinggi untuk dikesan, atau anda tersilap kira hari yang anda dijangka haid.

  • Jika anda membuat ujian lebih awal, uji semula pada hari dijangka haid.
  • Jika haid anda terlewat, uji semula dalam masa 3 hari. Jika ujian ini memberikan anda keputusan 'Tidak Hamil' dan anda masih belum datang haid, jumpalah doktor anda. 
 

Keputusan ujian menyatakan saya hamil. Apa yang perlu saya buat?

Jika ujian mengatakan anda hamil, anda harus berjumpa doktor anda yang akan memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil.