Ujian Kehamilan

Melebihi 90% tepat, mudah digunakan dan mudah dibaca

Di Clearblue kami percaya bahawa apabila seorang wanita merasakan yang dia mungkin hamil, dia memerlukan keputusan yang meyakinkan supaya dapat bertindak seterusnya. Sebab itulah semua ujian kehamilan Clearblue memberikan keputusan melebihi 99% tepat berdasarkan hari anda dijangka haid; ujian ini direka supaya mudah digunakan dan dibaca, dan boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid.

Tiada ujian yang lebih tepat - Semua ujian kehamilan Clearblue adalah melebihi 99% tepat*

Sangat sensitif untuk membolehkan anda menguji lebih awal - Semua ujian kehamilan Clearblue boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari dijangka haid.

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai Ujian Kehamilan Clearblue dengan mengklik pautan di bawah.

Ujian kehamilan manakah yang menjadi pilihan?

Kami memahami betapa pentingnya bagi anda untuk berasa yakin dalam menggunakan dan membaca ujian kehamilan - dan tentunya, mempercayai keputusan yang diberi. Sebab itulah setiap ujian kehamilan Clearblue direka bentuk supaya mudah digunakan, mudah dibaca dan memberi keputusan melebihi 99% tepat*.

Terdapat ujian lain di pasaran yang tidak mempunyai ciri-ciri ini. Contohnya, kajian telah menunjukkan bahawa strip dan kaset adalah sukar untuk digunakan dan susah dibaca. Tonton video kami untuk melihat ujian kehamilan yang beraneka jenis dan yang manakah paling baik untuk digunakan.

Baca selanjutnya tentang ujian mana menjadi pilihan


  • * Apabila digunakan bermula dari hari dijangka haid.
  • **Keputusan 'minggu' adalah 97% tepat seperti imbasan ultrabunyi penarikhan yang dijalankan kemudian. Berdasarkan kajian yang membandingkan keputusan 187 wanita (1-2, 2-3, 3+ minggu setelah penghamilan) dengan penarikhan +/- 5 hari menggunakan ultrabunyi.

Cara untuk hamil lebih cepat

how-to-get-pregnant-faster

Terdapat beberapa perkara utama yang perlu diketahui jika anda ingin memaksimumkan peluang anda untuk hamil.