Mitos tentang bagaimana boleh hamil

Biarlah kami membantu anda mengetahui fakta sebenar.

Mitos tentang bagaimana boleh hamil

Kami menangani mitos yang paling popular mengenai bagaimana boleh hamil dan membantu anda mengetahui perkara sebenar dengan memberikan beberapa fakta

(X) MITOS: Anda tidak mungkin hamil jika melakukan hubungan seks tanpa perlindungan buat kali pertama.

(✓) FAKTA: Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan pertama kali tidak membuatkan seorang itu hamil adalah mitos umum. Ini tidak benar sama sekali. Kemungkinan akan hamil ada jika anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan - walaupun buat kali pertama. Jika anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan tidak mahu hamil, anda perlu memilih kaedah kontraseptif yang sesuai bagi anda.

(X) MITOS: Walaupun terlupa untuk mengambil semula pil perancang selepas berhenti selama 7 hari, anda tidak akan hamil.

(✓)FAKTA: Tidak benar, anda boleh hamil. Salah satu cara pil berfungsi adalah dengan mencegah berlakunya ovulasi. Jika terlupa mengambil mana-mana pil, keberkesanan pil sebagai kontraseptif akan berkurangan.

(X) MITOS: Anda tidak akan hamil jika melakukan hubungan seks semasa haid.

(✓)FAKTA: Tidak mungkin anda akan hamil, tetapi ia tidak mustahil. Anda subur pada hari-hari sebelum dan sekitar masa ovulasi – kerana sperma boleh hidup lama - dan jika anda mempunyai kitaran yang pendek ovulasi mungkin berlaku selepas haid. Jadi, anda boleh menjadi subur awal dalam kitaran anda ketika pendarahan masih ada.

Ketahui lebih lanjut mengenai kitaran dan ovulasi anda

(X) MITOS: Anda paling berkemungkinan hamil pada hari ke-14 dalam kitaran anda.

(✓)FAKTA: Tidak semestinya. Ini bergantung pada tempoh kitaran anda dan waktu ovulasi. Anda paling subur pada hari anda mengovum dan hari sebelumnya (biasanya 12-16 hari sebelum haid yang berikutnya bermula). Jadi jika anda mempunyai kitaran yang pendek, katakan 20 hari, ovulasi mungkin berlaku lebih awal dari hari ke-14, dan begitu juga jika kitaran anda panjang, katakan 35 hari, ovulasi lebih cenderung berlaku sekitar hari ke-20. Jadi hukum 'hari ke-14' semata-mata satu 'kenyataan buku teks ' – hanya terpakai untuk wanita yang kitarannya sepadan dengan idea 28 hari dalam buku teks! Dan ingat, tempoh kitaran berbeza antara satu kitaran dengan yang lain dan antara wanita.

Dan jangan lupa bahawa sperma boleh hidup selama beberapa hari, jadi walaupun anda melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum ovulasi, anda masih boleh hamil.

Mahu hamil? Ketahui lebih lanjut mengenai cara memaksimumkan kebarangkalian untuk hamil

(X) MITOS: Anda hanya boleh hamil pada dua hari bagi setiap kitaran.

(✓)FAKTA:Hal ini tidak benar. 'Tempoh kesuburan' berlangsung selama 6 hari. Anda berada pada tahap paling subur pada hari ovulasi dan hari sebelumnya. Walau bagaimanapun, memandangkan sperma boleh hidup sehingga lima hari, hubungan seks beberapa hari sebelum ovulasi boleh meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil.

  • Ujian Ovulasi Clearblue boleh membantu anda mengenal pasti empat hari yang anda paling subur.

  • Monitor Kesuburan Clearblue biasanya boleh mengenal pasti sebanyak enam hari yang subur dengan mengesan dua hormon kesuburan iaitu estrogen dan peluteinan (LH).

(X) MITOS: Ujian kehamilan boleh dilakukan sebaik sahaja mengadakan hubungan seks.

(✓)FAKTA: Tidak, tidak wajar. Selepas telur disenyawakan (selepas hubungan seks) kira-kira enam hingga tujuh hari diperlukan untuk pengeluaran hormon kehamilan (hCG), dan beberapa hari lagi sebelum tahap hormon itu mencukupi untuk dikesan oleh ujian kehamilan. Ujian Kehamilan Clearblue boleh digunakan seawal empat hari sebelum anda datang haid walaupun paras hormon kehamilan dalam air kencing anda mungkin belum mencukupi untuk dikesan. Jadi, jika anda menguji awal dan anda mendapat keputusan ujian 'Tidak Hamil', kami menyarankan supaya anda menguji sekali lagi pada hari haid anda dijangka tiba.

Untuk mengetahui bila hari anda dijangka haid, kira tempoh kitaran biasa anda dengan mengira bilangan hari dari hari pertama haid hingga hari sebelum haid seterusnya bermula.

  • Jika anda mempunyai kitaran yang tidak teratur, baik jika diambil kira kitaran yang terpanjang pada bulan-bulan terdekat sebelum menguji

  • Jika anda tidak tahu bila haid akan datang, kami cadangkan anda menunggu sekurang-kurangnya 19 hari dari hari terakhir anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, barulah anda membuat Ujian Kehamilan Clearblue

  • Jika anda menguji pada hari haid yang sepatutnya, anda boleh menguji pada bila-bila masa pada hari itu.

  • Jika menguji awal anda haruslah menggunakan air kencing yang pertama pada hari itu

  • Untuk mendapatkan hasil yang tepat, kurangkan pengambilan cecair (termasuk air) sebelum menguji

  • Jika anda mendapat keputusan 'tidak hamil’:

    • Jika anda menguji lebih awal (sebelum hari dijangka haid), ujilah sekali lagi pada hari haid anda dijangka tiba

    • Jika anda menguji pada atau selepas hari anda dijangka haid, tunggu tiga hari sebelum menguji sekali lagi

    • Jika ujian kehamilan anda yang kedua masih memberikan keputusan 'Tidak Hamil' dan anda masih tidak datang haid, anda perlu berjumpa doktor

(X) MITOS: Anda perlu menunggu beberapa hari selepas haid terlewat sebelum anda boleh melakukan ujian kehamilan Clearblue.

(✓)FAKTA: Tidak benar. Semua Ujian Kehamilan Clearblue melebihi 99% tepat pada hari anda dijangka haid. Malah, anda juga boleh menggunakan Ujian Kehamilan Clearblue seawal empat hari sebelum hari anda dijangka haid. Keputusan 'Hamil' yang diperoleh dengan ujian awal boleh dipercayai. Namun, jika anda menguji awal dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', kami menyarankan supaya anda menguji sekali lagi pada hari anda dijangka haid. Pastikan anda membaca risalah dalam pek setiap kali sebelum menjalankan sesuatu ujian kehamilan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Ujian Kehamilan Clearblue