Kalkulator Ovulasi

Bilakah saya mungkin mengeluarkan ovum?

Untuk membantu anda memahami cara ovulasi berfungsi...

Cth., 27/03/2024
Cth. Kitaran biasanya berbeza-beza antara 23 hingga 35 hari
Kira tarikh anda dijangka haid
Kemungkinan untuk mengeluarkan ovum pada hari ini
Keputusan adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan.
  *
Tarikh mula haid terakhir anda
  20%
Kemungkinan untuk mengeluarkan ovum pada hari ini
Tukar maklumat saya

Lebih 99% tepat untuk mengesan lonjakan LH

Ujian Digital Ovulasi CanggihUntuk mengenal pasti hari subur anda dengan tepat, gunakan ujian ovulasi yang mengesan perubahan dalam hormon kesuburan peribadi anda dalam air kencing. Ujian ovulasi adalah 2x lebih tepat daripada kaedah kalendar3. Ujian Ovulasi Digital Clearblue adalah lebih 99% tepat untuk mengesan lonjakan LH bagi mengenal pasti waktu anda yang paling subur.


(X) MITOS: Tempoh kitaran haid selalunya ialah 28 hari dan setiap wanita mengeluarkan ovum pada hari ke-14.

(✓)FAKTA: Purata tempoh kitaran haid ialah 28 hari, tetapi setiap wanita adalah unik dan hampir 50% daripada kitaran wanita berbeza sebanyak 7 hari atau lebih1. Disebabkan tempoh kitaran haid dan waktu ovulasi berbeza-beza, jadi mungkin sukar untuk menentukan hari subur ANDA.

Memahami hasil kalkulator ovulasi anda

Terdapat banyak kalkulator ovulasi yang tersedia sekarang yang menganggarkan hari subur anda. Kalkulator ini ialah sejenis 'kaedah kalendar' dan melakukan pengiraan menggunakan data purata tanpa membaca apa-apa tentang tahap hormon peribadi anda.  Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada kita adalah 'biasa':
1. Tempoh kitaran berbeza daripada wanita ke wanita dan kitaran ke kitaran - sebenarnya hampir 50% daripada kitaran haid berbeza sebanyak 7 hari atau lebih1
2. Masa untuk ovulasi boleh berbeza sebanyak beberapa hari, walaupun dalam kitaran tetap.

Patutkah kami melakukan hubungan seks setiap hari semasa saya subur?

Profesor Bill Ledger

Sperma yang disimpan terlalu lama dalam testikel menambahkan kerosakan kepada DNA-nya dan adalah kurang subur. Bagi pasangan yang kerap melakukan hubungan seks (setiap hari), pasangan lelaki akan mengeluarkan jumlah sperma yang lebih rendah setiap ejakulasi tetapi sperma adalah lebih subur. Jika anda mencuba untuk hamil, lakukanlah hubungan seks selang sehari sekitar masa ovulasi.

Apakah perbezaan antara 'ovulasi' dengan 'hari subur'?

'Ovulasi' ialah proses telur dikeluarkan dari ovari dan ini berlaku 12-16 hari sebelum haid seterusnya bermula.

'Hari subur' ialah hari semasa kitaran haid wanita, sebelum dan termasuk hari ovulasi, apabila dia mempunyai keupayaan untuk hamil jika dia melakukan seks tanpa perlindungan.

Bilakah masa yang mempunyai peluang paling tinggi atau rendah untuk hamil?

Hari yang paling subur pada setiap kitaran semasa anda mempunyai peluang terbaik untuk hamil daripada seks tanpa perlindungan ialah hari ovulasi dan sehari sebelumnya - kedua-dua hari ini ialah ‘puncak kesuburan’. Walau bagaimanapun, disebabkan sperma boleh hidup selama beberapa hari di dalam tubuh wanita semasa hari suburnya, inilah sebabnya anda berpeluang untuk hamil beberapa hari sebelum hari subur anda - inilah hari-hari 'puncak kesuburan'. Di luar 'tempoh kesuburan' yang sebanyak 6 hari ini, peluang untuk hamil adalah tipis.


Kaedah manakah yang lebih tepat?

Ujian Ovulasi Digital Clearblue adalah lebih 99% tepat untuk mengesan lonjakan LH yang berlaku 24-36 jam sebelum ovulasi, jadi ujian ini adalah lebih tepat berbanding dengan kaedah kalendar dan suhu untuk menjangka hari paling subur2.


1. Creinin MD., et al. Contraception (2004) 70: 289-92
2. Brezina PR., et al. Fertil & Steril (2011); 95(6): 1867-78
3. Kajian yang melibatkan 101 wanita di UK yang membandingkan kaedah kalendar mudah dengan kemungkinan melakukan ujian pada hari lonjakan LH (2011).
4. Dalam satu kajian melibatkan 87 orang wanita, 4 hari subur atau lebih telah dikenal pasti bagi 80% kitaran dengan menggunakan tempoh kitaran sebenar.

How_to_get_pregnant_faster

Bagaimana untuk hamil lebih cepat?

Melakukan hubungan seks pada masa yang tepat dalam kitaran anda adalah penting, jadi mengenal pasti hari subur anda dengan ujian ovulasi akan membantu anda hamil dengan lebih cepat.