FAQs


 
  • Berapa tepatkah Ujian Kehamilan Clearblue?

    Jika digunakan dari hari anda dijangka haid kesemua Ujian Kehamilan Clearblue melebihi 99% tepat dalam mengesan kehamilan.

  • Bilakah saya harus mula menjalankan Ujian Kehamilan Clearblue?

    Clearblue menyarankan anda supaya menjalankan ujian kehamilan dari hari anda dijangka haid. Namun begitu, paras hormon kehamilan meningkat dengan cepat ketika awal kehamilan dan kebanyakan Ujian Kehamilan Clearblue boleh digunakan seawal 4 hari sebelum hari anda dijangka haid. Jika anda menjalankan ujian kehamilan sebelum hari anda dijangka haid dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', masih ada kemungkinan yang anda hamil kerana paras hormon kehamilan belum cukup tinggi untuk dikesan oleh ujian kehamilan itu. Lihat halaman produk Ujian Kehamilan Clearblue untuk butiran keputusan ujian klinikal ke atas kehamilan awal.

    Untuk mengira bila anda dijangka haid, kira tempoh kitaran biasa anda dengan mengira bilangan hari bermula dari hari pertama haid sehingga hari sebelum haid seterusnya bermula. Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, anda harus mengambil kira tempoh kitaran anda yang paling panjang dalam bulan-bulan terdekat sebelum menjalankan ujian.

    Jika anda tidak pasti bila hari anda dijangka haid kami sarankan anda menjalankan ujian kehamilan tidak kurang daripada 19 hari selepas kali terakhir anda mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.

  • Sebelum ini saya telah menjalankan ujian dan keputusannya 'Hamil' tetapi saya menguji sekali lagi dan mendapat keputusan 'Tidak Hamil', atau haid saya telah bermula. Apakah maksudnya?

    Walaupun ujian kehamilan adalah melebihi 99% tepat dalam mengesan hormon kehamilan dari hari yang dijangka haid, ada kemungkinan untuk mendapat keputusan hamil tetapi kemudiannya mengetahui yang anda tidak hamil (iaitu selepas itu anda mungkin mendapat keputusan tidak hamil, atau haid anda bermula). Perkara ini mungkin disebabkan keguguran secara semula jadi semasa peringkat awal kehamilan, yang dikenal sebagai 'keguguran awal kehamilan', yang malang sekali biasa berlaku, kerana lebih kurang 1 dalam 4 kehamilan berakhir dengan keguguran awal kehamilan. Jika anda mendapat keputusan yang tidak dijangka, dapatkan nasihat doktor.

  • Apakah ovulasi, bila ia berlaku dan kenapa ia penting?

    Sama ada anda cuma terfikir hendak mencuba mendapat cahaya mata, atau sedang aktif mencuba, pemahaman yang lebih baik tentang cara tubuh anda berfungsi tentu sangat membantu. Satu dalam dua pasangan mungkin sedang mencuba untuk hamil pada hari-hari yang salah dalam kitaran haid pasangan wanitanya i, maka kami telah mengumpulkan maklumat untuk membantu anda memahami kitaran haid anda dan proses ovulasi. Ovulasi berlaku apabila perubahan hormon menyebabkan ovari anda membebaskan ovum (telur) - selalunya 12 ke 16 hari sebelum haid anda yang seterusnya bermula. Anda paling subur pada beberapa hari sebelum dan termasuk hari ovulasi.

    Ovum (telur) terkandung dalam ovari anda. Pada bahagian pertama dalam setiap kitaran haid, salah satu telur akan disediakan untuk dibebaskan dari ovari. Semakin anda menghampiri ovulasi, tubuh anda menghasilkan lebih banyak estrogen. Hormon ini menyebabkan lapisan dinding rahim anda menjadi tebal dan membantu mewujudkan persekitaran yang mesra sperma. Paras estrogen yang tinggi mencetuskan kenaikan secara mendadak atau 'lonjakan' hormon peluteinan (LH) yang seterusnya mencetuskan pembebasan telur dari ovari anda, perkara ini dipanggil ovulasi.

    Lazimnya, ovulasi berlaku 24 ke 36 jam selepas lonjakan LH, dan anda paling subur pada hari lonjakan LH dan hari berikutnya.

    Telur boleh hidup sehingga 24 jam selepas ovulasi dan itulah waktunya ia boleh disenyawakan. Jika pensenyawaan tidak berlaku, paras hormon kesuburan akan menurun dan kitaran seterusnya akan bermula dengan runtuhnya lapisan rahim yang telah menjadi tebal itu (haid).

    Walaupun telur boleh hidup sehingga 24 jam, sperma pula boleh bertahan sehingga 5 hari. Itulah sebabnya anda masih boleh hamil walaupun anda mengadakan hubungan seks 4-5 hari sebelum telur itu dibebaskan

    i Johnson SR, Foster L dan Ellis J. Human Reproduction (2011) 26: i236

  • Apakah kebarangkalian untuk hamil ketika hari-hari subur?

    Kebarangkalian untuk hamil berbeza-beza antara satu kitaran dengan kitaran yang lain dan antara seorang wanita dengan wanita yang lain dan bergantung pada beberapa faktor seperti umur wanita, umur pasangannya, tahap kesihatan keseluruhan dan cara hidup mereka. Dalam satu kajian, kebarangkalian untuk hamil pada setiap satu hari semasa tempoh kesuburan dilaporkan dan ditunjukkan dalam graf di bawah:-

    iii Wilcox AJ., et al. NEJM (1995) 333: 1517

  • Bagaimanakah untuk saya tahu bila saya paling subur?

    Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila anda paling subur, salah satu cara paling mudah dan tepat adalah dengan menggunakan ujian ovulasi di rumah seperti Ujian Ovulasi Clearblue dan Monitor Kesuburan Clearblue.

    Ujian Ovulasi Clearblue atau Ujian Ovulasi Digital Clearblue membantu anda dengan menunjukkan 2 hari anda paling subur untuk mendapatkan kehamilan secara semula jadi, dengan mengesan lonjakan LH anda.

    Ujian Ovulasi Digital Clearblue dengan Indikator Dwi Hormon ialah satu-satunya ujian ovulasi yang dapat mengesan 4 hari subur… 2x lebih dari ujian ovulasi lain. Ia mengesan perubahan paras kedua-dua LH dan estrogen dan algoritma pintarnya dapat menyesuaikan kepada kitaran peribadi anda.

    Monitor Kesuburan Clearblue telah dibuktikan dapat meningkatkan kebarangkalian untuk hamil dua kali gandaii dengan mengenal pasti 6 hari subur yang lazim. Ia bukan saja mengesan lonjakan LH dan menunjukkan 2 hari anda paling subur, ia juga dapat mengenal pasti hari-hari subur tambahan sebelum ovulasi, dengan mengesan peningkatan estrogen. Ia juga menyimpan maklumat kitaran anda dan menyesuaikan aturan ujian dengan kitaran peribadi anda.

    Clearblue juga menyediakanPenjejak Kitaran untuk membantu anda merancang dan mengesan kitaran anda ketika anda sedang mencuba untuk hamil.

    ii Dalam 2 kitaran pertama penggunaan. Robinson JE., et al. Fertility and Sterility (2007) 87: 329-334

  • Saya telah menggunakan Ujian Ovulasi Clearblue selama beberapa bulan dan masih belum hamil. Bolehkah saya pasti yang saya akan hamil?

    Wanita normal dan sihat memerlukan beberapa bulan untuk hamil. Terdapat banyak sebab kenapa anda masih belum hamil, walaupun anda mengadakan hubungan seks pada masa yang anda paling subur. Teruskan mencuba. Jika selepas beberapa bulan mencuba anda masih tidak berjaya, adalah lebih baik untuk berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut apakah yang anda harus lakukan seterusnya.

    Di UK, sebelum doktor menimbangkan siasatan lanjut anda harus telah mencuba untuk hamil selama setahun jika berumur bawah 35 tahun atau jika anda berumur 35-40 tahun mencuba selama 6 bulan. Jika anda berumur lebih 40 tahun maka anda harus mendapatkan nasihat serta-merta.

    Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Monitor Kesuburan Clearblue. Dalam satu kajian, Monitor Kesuburan Clearblue hampir menggandakan kebarangkalian untuk hamil bagi penggunaan semasa dua kitaran pertama. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Monitor Kesuburan Clearblue.