Pindaan Terakhir 7 Jun 2013

SPD komited dalam melindungi privasi anda. Untuk tujuan undang-undang perlindungan data, SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH ialah syarikat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda dalam Tapak ini. SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH dan gabungannya menggunakan pihak ketiga dalam operasi Tapak ini, termasuk Peer 1 Hosting.

Dasar Privasi ini menggariskan jenis maklumat yang dikumpul oleh SPD Precision Diagnostics GmbH, gabungannya dan pembekal pihak ketiga yang dilantik oleh SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH ("SPD") dalam Tapak ini ("Tapak") dan dalam memberikan perkhidmatan ("Perkhidmatan"), dan cara SPD menggunakan dan melindungi maklumat ini. Pernyataan ini memaklumkan kepada anda tentang apa yang anda perlu buat jika anda tidak mahu Maklumat Peribadi anda (didefinisikan di bawah sebagai "Pengumpulan Maklumat Peribadi") dikumpulkan ketika anda mengunjungi Tapak ini atau memohon Perkhidmatan, dan cara anda boleh mengakses, membetul, menghapus atau membantah penggunaan maklumat yang anda beri pada masa hadapan.

Pernyataan ini hanya digunakan dalam Tapak dan Perkhidmatan ini. Pernyataan ini tidak terguna pakai, tanpa batasan, kepada sepanduk, cabutan bertuah dan lain-lain iklan atau promosi tajaan SPD atau melibatkan SPD dalam tapak milik pihak ketiga. SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH mengekalkan hak untuk mengubah atau memansuhkan Dasar Privasi ini. SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH akan memaparkan mana-mana Pernyataan baharu atau pindaan di sini dan anda digalakkan mengunjungi bahagian ini untuk sentiasa maklum.

Persetujuan Anda terhadap Dasar Privasi ini

Dengan menggunakan Tapak ini, atau jika ada, Perkhidmatan yang disediakan SPD (contohnya, kemudahan memanggil perkhidmatan dalaman Careline SPD), anda dianggap telah menerima semua terma Dasar Privasi yang terkini seperti yang terpapar di bahagian Tapak ini. Sebagai tambahan, Terma Penggunaan diguna pakai untuk Tapak dan Perkhidmatan ini.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang terma dalam Pernyataan ini, jangan berikan sebarang Maklumat Peribadi (didefinisikan di bawah sebagai "Pengumpulan Maklumat Peribadi") dalam Tapak ini atau ketika memohon Perkhidmatan.

Sila ambil perhatian sekiranya anda memilih untuk tidak memberi Maklumat Peribadi, atau tidak membenarkan penggunaan Maklumat Peribadi anda, anda mungkin tidak dapat membuat sesuatu perkara, melakukan perkara tertentu/mengambil sesuatu tindakan termasuk, tanpa had, mengakses sebahagian khusus tapak ini, tanpa had, menyertai cabutan bertuah, meminta sampel, menerima surat berita respon atau komunikasi yang lain daripada SPD, serta/termasuk mengakses Perkhidmatan dan/atau menghantar emel kepada SPD.

Pengumpulan Maklumat Perbadi Secara Sukarela

Dalam Dasar Privasi ini, "Maklumat Peribadi" bermaksud maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, maklumat kad kredit dan perbankan, nama skrin, tarikh lahir, maklumat kesihatan, dan alamat emel serta maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenali anda secara individu.

Apabila menggunakanTapak atau Perkhidmatan ini, SPD boleh mengumpul kesemua atau sebahagian daripada Maklumat Peribadi ini. SPD tidak akan mengumpul sebarang Maklumat Peribadi melainkan anda memberikannya secara sukarela.

Apabila anda memberikan SPD Maklumat Peribadi, anda memberi kuasa kepada SPD untuk menggunakan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini. Ini termasuk hak anda untuk mengehadkan penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh SPD seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan ini dan untuk meminta akses kepada Maklumat Peribadi yang dikumpul oleh SPD supaya dibetulkan, dibantah penggunaan pada masa depan atau dihapuskan. maklumat ini (Lihat "Siapa untuk Dihubungi" di bawah.). Jika anda ingin membantah penggunaan maklumat anda pada masa depan, sila ambil perhatian bahawa sebarang bantahan hanya boleh dipakai untuk penggunaan masa depan dan bukan untuk perkara yang telah terjadi atas dasar persetujuan anda yang sedia ada.

SPD tidak dengan sengaja mengumpul atau menyimpan Maklumat Peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya anak anda telah menyerahkan maklumat kepada kami tanpa menyatakan umur sebenar mereka dan anda ingin maklumat itu dihapuskan sila hubungi kami dan kami akan memansuhkannya (Lihat "Siapa untuk Dihubungi" di bawah).

Cara SPD menggunakan Maklumat Anda 

Apabila anda memberikan Maklumat Peribadi dalam Tapak ini atau apabila meminta Perkhidmatan, SPD akan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan khusus ia dikumpulkan dan anda telah memberi persetujuan untuk penggunaannya, termasuk syarat tanpa had seperti yang berikut:

Dengan menggunakan Tapak dan/atau Perkhidmatan ini , anda bersetuju SPD boleh meminta syarikat pihak ketiga untuk memproses atau menganalisis data yang terkumpul, termasuk Maklumat Peribadi anda, bagi mengetahui dan memberi khidmat kepada keperluan pengguna.

Jika anda melanggan surat emel berita atau meminta maklumat dari SPD, anda memberi kebenaran kepada SPD untuk menghantar maklumat dan/atau tawaran tentang produk SPD dan/atau Perkhidmatan yang SPD percaya menarik minat anda, atau untuk menjemput anda menyertai kajian, promosi atau aktiviti lain berkaitan produk kami (termasuk tanpa had testimonial tentang produk kami). Anda boleh memilih untuk tidak dihubungi oleh SPD pada bila-bila masa (Lihat "Siapa untuk Dihubungi" di bawah untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menarik diri dari pelangganan)

Jika anda meminta sesuatu produk atau Perkhidmatan dari SPD, anda memberi kebenaran kepada SPD menggunakan Maklumat Peribadi anda dan berkongsinya dengan pembekal dan pihak ketiga yang lain untuk memenuhi permintaan anda (termasuk tanpa had untuk menghantar produk atau Perkhidmatan tersebut). SPD tidak memberi kuasa kepada pembekal dan pihak ketiga ini untuk menggunakan Maklumat Peribadi anda dalam apa jua cara lain.

Jika anda menghantar atau memuat naik sebarang kandungan ke dalam Tapak ini, anda dianggap memberi kebenaran kepada penggunaan kandungan tersebut seperti dinyatakan dalam Terma Penggunaan.

Sila ambil perhatian bahawa SPD akan menyerahkan Maklumat Peribadi anda jika dikehendaki oleh undang-undang, atau waran geledah, sepina, atau perintah mahkamah. Maklumat Peribadi anda boleh diakses oleh penguatkuasa undang-undang dan keselamatan di bawah undang-undang tempatan di beberapa negara.

Maklumat Lain yang Mungkin Dikumpul oleh SPD

Tapak ini juga boleh mengumpul maklumat dari anda yang tidak berkaitan dengan peribadi. Contohnya, SPD boleh menjejak maklumat tentang hari dan tarikh pengunjung mengakses tapak kami, jenis pelayar web yang digunakan, dan Tapak dari mana mereka disambung ke tapak itu menggunakan 'Cookies'.

"Cookies" ialah cebisan maklumat yang disimpan oleh pelayar di dalam cakera keras komputer anda. SPD menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat semasa kunjungan anda ke Tapak ini, seperti maklumat bahagian mana yang anda kunjungi dan perkhidmatan yang anda guna melalui tapak ini. SPD mengumpul maklumat ini untuk menyesuaikan tapak ini dan produk serta perkhidmatannya dengan keperluan dan kehendak anda. Cookies juga digunakan untuk mempercepatkan penggunaan tapak ini oleh anda pada masa depan. Contohnya, tapak ini boleh mengetahui yang anda telah memberi Maklumat Peribadi dan memastikan yang anda tidak lagi diminta memberi maklumat yang sama. Kebanyakan pelayar ditetapkan untuk menerima cookies secara automatik. Jika anda mahu, anda boleh menetapkan untuk menolak cookies atau untuk menerima amaran apabila cookies dihantar. Penolakan cookies bermakna anda mungkin tidak boleh mengunjungi sesetengah bahagian tapak ini atau menerima maklumat secara peribadi apabila mengunjungi tapak ini.

Sebagai tambahan, SPD sentiasa mencuba untuk meningkatkan cara promosi Tapak ini. Untuk itu, SPD mengukur keberkesanan kewujudan web ini dengan mengetahui bila Tapak ini diakses, dan apa yang anda klik di dalam tapak ini. Statistik ukuran tapak mungkin digunakan untuk mempersonalisasikan pengalaman anda di Tapak ini dan juga menilai, secara tidak menyatakan nama, statistik tentang penggunaan Tapak. Maklumat tentang komputer anda, seperti alamat IP (nombor yang diperuntukkan kepada komputer anda setiap kali anda melayari Internet), jenis pelayar Internet dan jenis sistem pengendalian yang anda gunakan, juga dikumpul dan dipaut kepada Maklumat Peribadi anda. Ini untuk memastikan supaya tapak ini memberikan pengalaman web terbaik kepada pengunjung, dan menjadi sumber maklumat yang efektif.

Terdapat laman-laman yang anda kunjungi yang mungkin juga mengumpul maklumat menerusi tag piksel (juga dipanggil "clear gifs") [format gambar] yang boleh dikongsi dengan pihak ketiga yang membantu secara terus aktiviti promosi dan pembangunan Tapak SPD. Contohnya, maklumat penggunaan Tapak tentang kunjungan ke tapak ini boleh dikongsi dengan agensi pengiklanan pihak ketiga bagi memperbaiki pengiklanan sepanduk internet dalam tapak ini. Maklumat yang dikumpulkan melalui penggunaan tag piksel tidak boleh dikenali secara peribadi tetapi ia boleh dipaut kepada Maklumat Peribadi anda.

Akhir sekali, SPD boleh menambah maklumat yang anda berikan dengan maklumat lain yang ada atau diterima daripada pihak ketiga. Perkara ini dibuat supaya SPD dapat menyediakan lebih banyak produk dan perkhidmatan disasarkan bagi menepati keperluan anda.

Pautan ke Tapak Lain

SPD menyediakan pautan ke tapak lain sebagai tanda ihsan kepada pengguna kami. Namun, SPD tidak bertanggung jawab terhadap kandungan atau operasi tapak lain. SPD tidak boleh menjamin dasar privasi tapak lain ini dan kami menyarankan anda merujuk dasar privasi tapak berkenaan secara terus sebelum menggunakannya.

Agen dan Pembekal Perkhidmatan

SPD kadangkala menggunakan syarikat lain dan individu lain untuk melaksanakan kerja bagi pihak kami di beberapa negara. Mereka mungkin perlu mengakses Maklumat Peribadi anda, tetapi hanya atas tujuan menjalankan tugas mereka.

Pemindahan Maklumat Di Luar Negara Kediaman Anda

Sebarang maklumat yang anda berikan boleh dipindahkan kepada SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH luar daripada negara kediaman, gabungannya atau syarikat pihak ketiga yang ditugaskan oleh SPD Swiss Precision GmbH, gabungannya dan pembekalnya. Syarikat pihak ketiga ini termasuk syarikat-syarikat Peer 1 Hosting di United Kingdom, Peranchis, Kanada dan Amerika Syarikat.  Dengan menggunakan Tapak dan/atau Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk memindahkan Maklumat Peribadi anda merentasi sempadan.

Keselamatan Maklumat

SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH dan gabungannya mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan Maklumat Peribadi anda. Semua maklumat yang boleh dikenali secara peribadi dikenakan akses terhad, dilindungi kata laluan dan dikawal dari dunia luar oleh firewall untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran, pengubahan atau salah guna. Walaupun tiada langkah keselamatan boleh menjamin 100% perlindungan,SPD Swiss Precision Diagnostics GmbH dan gabungannya telah menyediakan dasar keselamatan yang bertujuan untuk memastikan, sejauh mungkin, keselamatan dan integriti semua maklumat kami, termasuk Maklumat Peribadi anda.

Siapa untuk Dihubungi

Jika anda ada sebarang komen atau soalan tentang Dasar Privasi ini, ingin melaporkan sebarang pencabulan terhadap Dasar Privasi ini atau ingin memohon akses, pembetulan atau penghapusan Maklumat Peribadi anda,sila tulis kepada SPD Swiss Precision Diagnostics Ltd., Attn. General Counsel di 47 route de St Georges, 1213 Petit-Lancy, Switzerland, atau emel ke SPD pada privacy@spdspark.com.

Jika anda ada pertanyaan tentang produk sila hubungi Careline. Careline ini dikendalikan oleh syarikat gabungan SPD, SPD Development Company Limited di UK. Butiran hubungan Careline dipaparkan dalam Tapak negara kediaman anda di bawah Hubungan. Sila bersedia untuk menyatakan nombor lot pada pek produk. Panggilan kepada Careline mungkin dikesan atau direkod untuk tujuan kawalan kualiti dan maklumat peribadi anda mungkin dikumpul seperti yang digariskan di atas.

Terima kasih kerana mengunjungi Tapak kami.