Statistik tentang masa untuk penghamilan berlaku

Berapa lamakah jangka masanya dan bagaimana usia mempengaruhi kesuburan

Jika anda tidak hamil serta merta, tidak bermaksud anda bermasalah. Kebanyakan pasangan yang sihat akan hamil dalam masa setahunmencuba mendapatkan anak. Jadi, jika ianya mengambil masa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Umur memainkan peranan

Hanya satu pertiga pasangan akan hamil pada bulan pertama mereka mencuba dan jika anda berumur kurang 35 tahun dan sihat biasanya tempoh ini boleh berlanjutan hingga setahun. Jadi, jika anda sudah mencuba untuk hamil lebih dari setahun, anda dinasihatkan agar mendapatkan pendapat doktor. Jika anda berumur melebihi 35 tahun, anda boleh cuba selama 6 bulan barulah mendapatkan bantuan. Jika anda berumur 40 tahun atau lebih, adalah dinasihatkan anda berjumpa doktor sebaik saja anda berhajat untuk mendapatkan anak.

Nasihat di atas berbeza mengikut peringkat umur, kerana umur anda adalah faktor utama dalam kebarangkalian anda menjadi hamil. Kesuburan semula jadi bagi wanita akan mula merosot dalam usia lewat 20an atas sebab kurangnya bilangan telur dan kualiti telur yang tinggal yang barangkali juga kurang berbanding zaman dia lebih muda.

Selepas 35 tahun, kemerosotan bilangan telur berada pada tahap kritikal dan selepas 40 tahun kebarangkalian untuk hamil semakin berkurangan. Perkara ini terjadi bukan sahaja bagi penghamilan secara semula jadi, ia juga terjadi pada penghamilan yang dibantu.

Menurut Jawatankuasa Pensenyawaan Manusia dan Embriologi, lebih kurang 95% wanita berumur 35 tahun yang mengamalkan seks tanpa perlindungan akan hamil selepas tiga tahun mencuba, tetapi bagi wanita berumur 38 tahun, hanya 75% yang hamil.

Kesan Umur Wanita terhadap Kadar Anggaran Kehamilan Bulanan

Graf di atas menunjukkan kesan umur terhadap kemerosotan peluang untuk hamil


  • 1 NICE Clinical Guideline CG156 (2013)